Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Pengenalan kepada Perkhidmatan Perubatan di Taiwan

Perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi di Taiwan diiktiraf di seluruh dunia. Pada tahun 2000, majalah England The Economist menempatkan Taiwan di tempat kedua dalam Senarai Kedudukan Kesihatan Sedunia (Worldwide Health Rankings). Pada tahun 2007, Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (International Institute for Management Development) di Lausanne, Switzerland telah menempatkan kemudahan infrastruktur perubatan Taiwan di tempat ke-13 (di kalangan 55 buah negara yang dinilai) dalam Senarai Daya Saing Sedunia (World Competitiveness). Pada tahun 2005, pemenang Anugerah Nobel Kruman berpandangan bahawa pengalaman Taiwan yang berjaya harus menjadi rujukan kepada Amerika Syarikat. Dalam tiga tahun yang lalu, media antarabangsa seperti National Geographic Channel, New York Times, Time Magazine dan CNN telah memperkenalkan pencapaian perkhidmatan perubatan di Taiwan. Pada tahun lepas, The Richest juga menempatkan Taiwan sebagai negara nombor dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan. Perkhidmatan perubatan di Taiwan memiliki reputasi dan daya saing antarabangsa yang terbaik.

Dengan kelebihan-kelebihan seperti alatan perubatan yang canggih, teknologi perubatan yang melebihi taraf antarabangsa dan bakat-bakat perubatan bermutu tinggi dan keupayaan yang telah terkumpul selama ini, negara kami bukan sahaja mendahului negara-negara lain di dunia dalam bidang seperti pembedahan plastik, pemindahan hati dan pemindahan organ semasa hidup, dan dengan itu menarik kedatangan ramai pesakit, tetapi juga bilangan orang yang sudi datang ke Taiwan untuk menerima perkhidmatan perubatan atau orang yang mementingkan kesihatan semakin meningkat kebelakangan ini.

Secara keseluruhan, perkhidmatan perubatan di Taiwan memiliki enam kelebihan seperti yang diterangkan di bawah:

6 Kelebihan Perkhidmatan Perubatan di Taiwan
6 Kelebihan Perkhidmatan Perubatan di Taiwan

1. Bermutu tinggi - Perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa
Sejak tahun 1978, Taiwan telah menubuhkan sebuah mekanisme penilaian sistem perubatan kebangsaan yang berada di tempat keempat di seluruh dunia dan tempat pertama di Asia, dan merupakan negara pertama yang menubuhkan sistem penilaian seumpama ini. Kebanyakan pusat perubatan dan hospital serantau di Taiwan diperakui oleh Suruhanjaya Bersama Taiwan (Joint Commission of Taiwan, JCT) yang berasal dari sistem Amerika Syarikat. Di samping itu, sehingga akhir tahun 2016, sejumlah 18 buah institusi perubatan di Taiwan telah diperakui oleh Akreditasi Hospital Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (Joint Commission International Hospital Accreditation) di Amerika Syarikat.

2. Harga yang berpatutan - Kos perubatan yang berpatutan dan lebih rendah daripada negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun
Institusi-institusi perubatan di Taiwan menawarkan teknologi dan alatan perubatan yang paling canggih, serta pakar-pakar profesional yang terlatih dengan yuran pembedahan yang lebih berpatutan dan berekonomi. Pada amnya, yuran pembedahan di Taiwan adalah satu per lima dan satu per enam daripada yuran pembedahan di Amerika Syarikat dan England masing-masing. Tambahan pula, kami juga menawarkan pemeriksaan kesihatan dengan harga yang berpatutan demi mengurangkan beban kewangan para pelanggan.

3. Berteknologi tinggi - Setaraf dengan hospital-hospital di Eropah dan Amerika Syarikat
Institusi-institusi perubatan di Taiwan menggunakan alatan perubatan terkini yang setaraf atau melebihi taraf hospital-hospital di Amerika Syarikat. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan dan Kebajian sehingga tahun 2014, Taiwan memiliki 43 buah alat tomografi pancaran positron (positron emission tomography, PET), 200 buah alat pengimejan resonans magnet (magnetic resonance imaging, MRI) dan 357 buah alat imbasan tomografi berkomputer (computerised tomography, CT). Pada tahun 2015, Taiwan juga telah memperkenalkan alat terapi zarah perubatan yang pertama, sekali gus menawarkan penjagaan kesihatan dan pencegahan yang menyeluruh. Selain itu, hospital-hospital di Taiwan boleh menawarkan perkhidmatan waktu nyata kepada para peskait dengan sistem pemantauan melalui teknologi WiMAX. Dari segi penjagaan kesihatan di rumah, hospital-hospital di Taiwan menawarkan kawalan kesihatan 24 jam, dan menggunakan RFID untuk mengesan keselamatan penggunaan ubat di kalangan pesakit dan mengenal pasti identiti pesakit, sekali gus memberikan para pesakit lebih banyak perlindungan.

4. Perkhidmatan yang mengharukan
Setiap hospital mempunyai sebuah pusat pengurusan kesihatan yang berasingan dan terpisah daripada tempat perubatan am untuk memberikan para pesakit privasi yang mencukupi dan perkhidmatan yang paling selesa. Pasukan perubatan yang berdedikasi berpusatkan pesakit, dan memandu dan membantu para pesakit menyelesaikan semua prosedur perubatan. Selepas berakhirnya proses pemeriksaan, pakar pengurusan kesihatan akan menyediakan rancangan pengurusan kesihatan yang paling menyeluruh untuk para pesakit, dan membantu menjadualkan pemeriksaan susulan. Pada masa yang sama, pusat ini juga menawarkan respons perkhidmatan perubatan dalam talian dan perawatan waktu nyata, perkhidmatan pengangkutan darat dari dan ke lapangan terbang dan perkhidmatan penterjemahan demi memenuhi keperluan para pelanggan.

5. Perkhidmatan pakar yang menyeluruh
Dari perubatan pencegahan, pemeriksaan kesihatan dan diagnosis ke rawatan penyakit, institusi-institusi perubatan di Taiwan menyediakan berbagai-bagai pemeriksaan kesihatan mengikut kesesuaian pesakit dengan menggunakan rangkaian perubatan yang menggabungkan perubatan tradisional Cina dan perubatan Barat serta alatan perubatan yang paling canggih. Di samping itu, kami juga menggabungkan terapi kesihatan dalam perubatan tradisional Cina demi menawarkan lebih banyak jenis perkhidmatan perubatan.

6. Pasukan yang profesional
Institusi-institusi perubatan di Taiwan mempunyai pasukan perubatan yang profesional demi melayani para pesakit. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan dan Kebajikan sehingga tahun 2018, terdapat 29.28 orang pakar perubatan dan 71.02 buah katil pesakit untuk setiap 10,000 orang. Mengikut laporan majalah Amerika Syarikat Businessweek isu nombor 947, kadar ketakatan lima tahun bagi pemindahan hati semasa hidup adalah paling tinggi di Taiwan, iaitu 93.5%, dan melebihi kadar di Jepun sebanyak 12%, dan jauh melebihi kadar di Amerika Syarikat sebanyak 33%. Taiwan bukan sahaja memiliki alatan perubatan yang canggih, tetapi juga mempunyai pasukan perubatan profesional yang menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan difikirkan dengan teliti. 


 

Dikemaskinikan pada: 2023-04-21

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama