Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Arahan tentang Permohonan Visa Perubatan

Prosedur permohonan visa bagi warga asing yang datang ke Taiwan untuk rawatan jangka pendek:

Dokumen yang perlu diserahkan
Penerangan
Borang Permohonan Visa
Borang ini mesti diisi di "Bahagian Borang Permohonan Dalam Talian". Cetak borang permohonan visa yang mengandungi kod bar, dan tandangani borang tersebut secara peribadi.
2 keping foto berwarna 2 inci yang diambil dalam tempoh 6 bulan
Latar belakang foto mestilah berwarna putih.
Salinan asal dan fotokopi pasport
Tarikh sah laku pasport mestilah lebih daripada 6 bulan dari tarikh akhir, dan pasport mesti mempunyai halaman yang kosong.
Dokumen pengenalan
1.Bukti keupayaan kewangan (contohnya sijil deposit bank atau perjanjian pembayaran dengan institusi perubatan di Taiwan)
2.Sijil diagnosis yang dikeluarkan oleh hospital luar negara
3.Jadual rawatan dan arahan yang dikeluarkan oleh institusi perubatan di Taiwan
Tiket pergi balik
Tiket penerbangan, tiket penerbangan elektronik atau bukti agensi pelancongan
Dokumen lain yang diperlukan mengikut keadaan
 
Prosedur Permohonan:
  1. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan membayar bayaran visa kepada  Kedutaan Republik China untuk membuat permohonan visa untuk masuk ke Taiwan.
  2. Pemohon akan dipanggil untuk temuduga oleh Kedutaan Republik China jika perlu.
Perhatian:
  1. Pengeluaran visa adalah tindakan yang berkaitan dengan kedaulatan negara. Kerajaan Republik China berhak menolak pengeluaran visa tanpa perlu memberi sebarang sebab. Mengikut undang-undang, bayaran visa yang telah dibayar oleh pemohon visa tidak akan dibayar balik, tanpa mengira sama ada visa dikeluarkan atau tidak.
  2. Untuk bayaran visa dan yuran pemprosesan untuk permohonan visa bagi warganegara Amerika Syarikat, sila rujuk kepada "Jadual Bayaran Visa untuk Pasport Negara Asing (fail doc)"
  3. Jenis penyakit bagi permohonan visa ke Taiwan untuk tujuan menerima perkhidmatan perubatan di Taiwan adalah berpandukan Senarai "Penyakit Bagi Warga Asing and Warga Tanah Besar China untuk Tujuan Menerima Perkhidmatan Perubatan di Taiwan" yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.
  4. Institusi-institusi perubatan tempatan hanya dihadkan kepada  "Anggota-Anggota Institusi Dalam Program Promosi Pengantarabangsaan Perkhidmatan Perubatan" yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.
  5. 2 orang pengiring pesakit yang dibenarkan berkunjung bersama mestilah pasangan pesakit atau saudara-mara pada tahap persanakan ketiga atau ke bawah. Jika perlu, 2 orang kakitangan perubatan dari negara asal dibenarkan berkunjung bersama. Pemohon perlu mengemukakan sijil persanakan atau dokumen penugasan kakitangan perubatan yang dikeluarkan oleh unit perkhidmatan kakitangan perubatan untuk memohon visa ke Taiwan atas sebab mengiringi pesakit untuk menjalani rawatan di Taiwan.
  6. Permohonan untuk visa perubatan kecemasan utama boleh dibuat oleh institusi perubatan di Taiwan kepada Biro Hal-Ehwal Konsular di bawah Kementerian Luar Negeri.
Jika terdapat sebarang perubahan terhadap arahan ini, maklumat terkini yang diumumkan di laman web rasmi Biro Hal-Ehwal Konsular di bawah Kementerian Luar Negeri akan diguna pakai.

 

Dikemaskinikan pada: 2019-03-18

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama