Frekuensi keretapi MRT yang tinggi bersama sistem bas pengantara membentuk rangkaian pengangkutan bandar yang mudah diakses, justeru memberi kemudahan yang tidak pernah dinikmati kepada orang ramai. Para pelancong juga boleh menikmati pemandangan yang indah di laluan-laluan keretapi MRT dengan cara yang selesa dan menyenangkan.
MRT Taipei:
Pada masa ini, laluan-laluan yang telah siap dibina dalam Sistem Transit Aliran Massa (MRT) Taipei Raya adalah seperti berikut:
Laluan Wenhu |
Dewan Pameran Nangang - Zoo |
Laluan Tamsui-Xinyi |
Tamsui - Xiangshan |
Laluan Songshan-Xindian |
Songshan - Xindian |
Laluan Zhonghe-Xinlu |
Nanshijiao - Luzhou dan Nanshijiao - Huilong |
Laluan Bannan |
Yongning - Dewan Pameran Nangang |
Terdapat mesin jualan tiket token dan juga perkhidmatan jualan tiket di stesen-stesen MRT (terdapat juga mesin tukar duit syiling di setiap stesen MRT). Julat tambang “Tiket Sehala” adalah NT$20 hingga NT$65 mengikut jarak antara stesen (Carian Tambang Tiket). “Tiket Sehari” yang dijual di kaunter perkhidmatan berharga NT$150 dan boleh digunakan tanpa had dalam tempoh yang sah. Tiket ini hanya boleh digunakan oleh seorang penumpang sahaja.
Perhatian:
- Waktu operasi MRT Taipei adalah 06:00-24:00.
- Untuk menyediakan persekitaran menaiki MRT yang selesa dan selamat, merokok, makan dan minum serta mengunyah gula-gula getah adalah dilarang sama sekali di seluruh kawasan stesen MRT.
- Setiap tiket adalah sah pada hari pembelian sahaja, dan adalah tidak sah pada hari berikutnya.
- Sila letakkan haiwan peliharaan ke dalam sangkar khusus, melainkan anjing polis dan anjing pemandu.
- Penumpang yang menaiki koc pertama dan terakhir dilarang menggunakan telefon bimbit.
- Untuk makluman selanjutnya, sila hubungi Syarikat Taipei Rapid Transit Corporation.
No. Telefon Perkhidmatan: (02)2181-2345 (24 jam)
Pautan yang berkaitan:
- Syarikat Taipei Rapid Transit Corporation
- Biro Sistem Transit Laju, Kerajaan Bandar Taipei
- Peta Laluan dan Maklumat Stesen MRT Taipei
- Maklumat Perkhidmatan Keretapi MRT Taipei
- Jenis Tiket MRT Taipei dan Penggunaan Tiket
MRT Kaohsiung:
Sistem MRT Kaohsiung merangkumi laluan-laluan berikut:
Laluan Merah |
Gangshan Selatan - Xiaogang |
Laluan Oren |
Sizihwan - Daliao |
Julat tambang MRT Kaohsiung adalah NT$20 hingga NT$60(Carian Tambang Tiket). Terdapat juga tiket sehari, tiket nilai tersimpan dan tiket kumpulan.
- Waktu operasiMRT Kaohsiung adalah 06:00-24:00.
- Makan dan minum adalah dilarang sama sekali di seluruh kawasan MRT Kaohsiung.
- No. Telefon Perkhidmatan Pelanggan MRT Kaohsiung: (07)793-8888(07:00-23:00)
Pautan yang berkaitan:
- Syarikat Kaohsiung Rapid Transit Corporation
- Biro Transit Laju Massa, Bandar Kaohsiung
- Peta Laluan dan Maklumat Stesen MRT Kaohsiung
- Pengenalan kepada Jenis Tiket MRT Kaohsiung