Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Maklumat tentang Perkhidmatan Teksi

Kebanyakan bandar di Taiwan menawarkan perkhidmatan teksi yang mudah digunakan. Kadar tambang perkhidmatan teksi mengikut jarak di bandar-bandar utama ditetapkan oleh kerajaan-kerajaan wilayah dan bandar, tetapi tiada banyak perbezaan kadar tambang di bandar-bandar utama. Di samping itu, kadar tambang mengikut jarak tidak sesuai diguna pakai oleh perkhidmatan teksi di bandar-bandar lain atau perkhidmatan teksi jarak jauh. Jadi, para pelancong dinasihatkan supaya memastikan kaedah pengiraan tambang terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut. Untuk makluman selanjutnya,sila rujuk kepada biro pengangkutan di bawah kerajaan-kerajaan wilayah dan bandarLapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan - Perkhidmatan Teksidan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung - Perkhidmatan Teksi.

Panggilan Teksi Percuma:

0800-055850(Pejabat Pengangkutan Awam Bandar Taipei)、0800-001006(Jabatan Polis Kerajaan Bandar Kaohsiung)

Kebanyakan pemandu teksi tidak berbahasa Inggeris. Jadi, pelancong asing dinasihatkan supaya meminta bantuan kakitangan hotel untuk menulis nama destinasi anda, dan nama dan alamat hotel yang anda tinggal serta mencatatkan anggaran tambang perjalanan tersebut.

Sekiranya pemandu teksi mengenakan tambang teksi yang tidak berpatutan atau melakukan salah laku yang lain, sila catatkan nombor plat kereta teksi dan nama pemandu teksi, dan nyatakan waktu, lokasi dan situasi yang telah berlaku. Seterusnya, laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan atau buat laporan polis.

Talian-Talian Aduan Bandar Taipei:
  1. Biro Pengangkutan Kerajaan Bandar Taipei: 02-2720-8889 sambungan 6888
  2. Bahagian Trafik, Jabatan Polis Bandar Taipei: 02-2394-9007
  3. Pejabat Pengangkutan Awam Bandar Taipei: (02)2759-2677
Talian Aduan Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan:

Talian Aduan Teksi: (03)383-4499

Talian Aduan Bandar Taichung:

Pejabat Kenderaan Motor Taichung, Direktorat Jeneral Lebuhraya di bawah Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi:(04)2691-3464

Talian Aduan Bandar Kaohsiung:

Biro Pengangkutan Kerajaan Bandar Kaohsiung:(07)229-9865

Dikemaskinikan pada: 2018-12-15

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama