Penggunaan lengan robot dalam pembedahan penggantian sendi lutut di Taiwan bukan sahaja membantu meningkatkan kejituan pembedahan, tetapi juga mempercepat proses pengecilan dan pemulihan luka. Berdasarkan pengalaman yang lalu, penggunaan lengan robot boleh mengurangkan tempoh pemulihan selepas pembedahan, sekali gus membolehkan pesakit menikmati mutu kehidupan yang lebih baik!
Tambahan pula, pasukan perubatan Taiwan juga memiliki pengalaman yang luar dalam pembedahan penggantian sendi lutut kerana pasukan kami mempunyai pengalaman mengendalikan hampir 20,000 buah kes penggantian sendi lutut setiap tahun dan menggunakan teknik invasif minimal yang berupaya mempercepat proses pengecilan dan pemulihan luka. Bahan-bahan bioperubatan Taiwan sesuai digunakan sebagai bahan-bahan sendi lutut untuk orang Asia. Selain itu, Taiwan juga mempunyai kelebihan yang lebih ketara daripada negara-negara lain dari segi reputasi antarabangsa dan harga.