Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Dasar Perlindungan Privasi

Kawan-kawan yang dikasihi, terima kasih kerana melayari laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan”. Laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” menghormati dan melindungi privasi peribadi anda. Untuk membantu anda memahami cara laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” melindungi hak dan kepentingan dalam talian anda, sila baca maklumat yang berikut dengan teliti:

Skop dasar ini
Dasar privasi di bawah diguna pakai untuk pengumpulan, penggunaan dan perlindungan maklumat peribadi anda semasa anda melayari laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan”, tetapi tidak boleh diguna pakai untuk laman web agensi-agensi kerajaan yang terpaut melalui fungsi-fungsi laman web ini. Laman-laman web yang terpaut melalui laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” memiliki dasar privasi masing-masing, dan laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” tidak menanggung liabiliti bersama dan berasingan terhadap laman-laman web ini. Semasa anda melayari laman-laman web ini, dasar privasi di laman-laman web akan diguna pakai untuk perlindungan maklumat peribadi anda.

Pengumpulan maklumat peribadi
Laman web ini tidak akan mengumpul sebarang maklumat pengenalan peribadi dengan hanya melayari laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” dan memuat turun fail dari laman web ini.
Semasa menggunakan berbagai-bagai perkhidmatan yang ditawarkan di laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan”, seperti “Langgani Surat Berita”, “Hubungi Kami”, dan “Hantar kepada Rakan Anda” atau menyertai acara dalam talian dan kaji selidik dalam talian, laman web ini akan meminta anda memberi maklumat terkini dan sebenar anda, termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat mengikut keperluan. Maklumat-maklumat ini hanya digunakan untuk acara tertentu, analisis ciri-ciri pengguna atau tujuan akademik. Laman web ini tidak akan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan yang lain.


Laman web ini merekodkan maklumat seperti alamat IP pengguna, masa yang diambil oleh pengguna untuk melayari laman web ini dan halaman web yang dilayari di laman web ini. Maklumat-maklumat ini akan digunakan untuk menganalisa jumlah trafik dan kaji selidik peri laku dalam talian yang dijalankan oleh unit pentadbiran laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” demi membolehkan laman web ini meningkatkan mutu perkhidmatannya. Di samping itu, laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” hanya menganalisa peri laku pengguna secara keseluruhan, dan tidak akan menjalankan analisis pengguna individu.

Laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” berkewajipan melindungi privasi semua pemohon, dan tidak akan mengubah atau meghapuskan sebarang maklumat peribadi dan fail tanpa kebenaran anda. Tindakan tersebut hanya akan diambil melainkan anda telah memberi kebenaran atau mana-mana keadaan di bawah berlaku: A. Melanggar peruntukan laman web ini, seperti berlakunya serangan fitnah atau peribadi di “Hubungi Kami”; B. Melindungi atau mempertahankan hak atau pemilikan individu yang berkenaan; C. Untuk melindungi hak dan kepentingan setiap unit yang berkenaan di laman web ini.

Dasar perkongsian maklumat dengan pihak ketiga
Laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” tidak akan membuat tawaran untuk menjual, bertukar atau menyewa maklumat peribadi anda kepada organisasi, individu atau syarikat swasta yang lain. Namun, mana-mana keadaan di bawah adalah terkecuali:

Bekerjasama dengan penyiasatan yang sah di sisi undang-undang oleh badan kehakiman
Bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan atau menggunakan maklumat tersebut mengikut keperluan mereka.

Percaya dengan ikhlas bahawa pendedahan maklumat tersebut adalah keperluan perundangan, atau menguruskan maklumat tersebut untuk melindungi dan memperbaik perkhidmatan laman web.

Langkah berjaga-jaga semasa memetik maklumat di laman web ini
Semua maklumat (termasuk fail gambar dan teks) di laman web ini adalah milik Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (melainkan laman-laman web luaran yang terpaut melalui laman web ini). Sebelum memetik sebarang maklumat di laman web ini atau memautkan mana-mana halaman web di laman web ini, sila hubungi pihak kami dengan menghantar mel atau e-mel ke peti perkhidmatan pihak kami dan memperoleh keizinan pihak kami sebelum memetik maklumat tersebut.

Pertanyaan tentang pengumuman perlindungan privasi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang pengumuman perlindungan privasi di laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan”, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami.
 

Dikemaskinikan pada: 2020-10-07

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama