Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Dasar Keselamatan Maklumat

Kawan-kawan yang dikasihi, selamat datang ke laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan”. Untuk membantu anda memahami cara laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” melindungi hak dan kepentingan dalam talian anda, sila baca dasar perlindungan privasi dan keselamatan maklumat di laman web “Perubatan Antarabangsa Taiwan” dengan teliti:

Langkah-langkah perlindungan keselamatan Internet
Sebarang percubaan tanpa izin untuk memuat naik atau mengubah perkhidmatan-perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan oleh laman web ini adalah dilarang sama sekali dan mungkin melanggar undang-undang. Untuk tujuan keselamatan laman web dan memastikan bahawa laman web ini boleh terus berkhidmat untuk semua pengguna Internet, laman web ini telah menawarkan langkah-langkah perlindungan keselamatan yang berikut:

Memasang tembok api yang menghalang pencerobohan, pemusnahan atau pencurian maklumat untuk mengelakkan laman web ini digunakan secara haram dan melindungi hak dan kepentingan para pengguna.

Memasang perisian anti-virus dan sentiasa membersihkan virus untuk menyediakan persekitaran melayari halaman web yang lebih selamat untuk para pengguna.

Sentiasa menjalankan imbasan kerentanan dan menyediakan langkah-langkah pertahanan keselamatan yang sesuai.

Sentiasa menjalankan operasi salinan sandar untuk menyediakan dan menyimpan salinan sandar bagi semua maklumat di hos sandar.

Menerima semua notifikasi penyelenggaraan keselamatan yang dihantar oleh penjual sistem operasi yang berkaitan, dan memasang tampal (patch) yang sesuai seperti yang dicadangkan

Pemindaan dasar keselamatan
Oleh sebab perkembangan teknologi yang pantas, ketidaklengkapan undang-undang yang sedia ada, dan perubahan persekitaran yang susah diramalkan pada masa depan, dasar keselamatan di laman web ini akan dipinda mengikut keperluan semasa untuk menjaga keselamatan Internet anda. Apabila pemindaan dasar keselamatan telah selesai, kami akan menerbitkannya di laman web ini dengan serta-merta.

Pertanyaan tentang dasar keselamatan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang dasar keselamtan di laman web ini, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami melalui bahagian “Hubungi Kami”.
 

Dikemaskinikan pada: 2018-12-15

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama