Bergerak ke Kandungan Utama

Encik Ye dari Malaysia: “Saya amat gembira! Terima kasih, Dr. Cheng!”

Hospital Memorial Chang Gung, Linkou   更新日期:2015-03-04

Encik Ye yang berasal dari Malaysia telah ditimpa oleh penyakit limfedema di anggota kanannya selama 20 tahun. Dia pernah menerima rawatan di Malaysia dan Singapura, tetapi sentiasa diberitahu bahawa dia mengalami jangkitan bakteria atau dicadangkan oleh doktor untuk menjalani pemotongan daging atau amputasi. Semua cadangan rawatan ini sukar diterima oleh Encik Ye dan keluarganya.

 
Encik Ye berkata, dia terjumpa Dr. Cheng Ming-Huei dalam sebuah laporan berita, sekali gus mengubah hayatnya.
 
Mengimbas kembali tahun-tahun semasa Encik Ye dihantui oleh penyakit ini, kakak kedua Encik Ye juga berkata bahawa pada mulanya, dia fikir bahawa ia hanyalah penyakit flu, tetapi tidak lama kemudian, kaki kanannnya mula membengkak sehingga sekarang, dan keadaannya adalah menyedihkan. Pengurus kes dari pasukan rawatan limfedema, Dr. Lin Chia-Yu menerangkan bahawa berdasarkan pengalamannya, keadaan bengkak pada kaki Encik Ye adalah kes paling serius yang pernah dia hadapi sehingga sekarang, tetapi pasukan rawatan kami amat berpengalaman dan berkebolehan, dan kami yakin bahawa ia boleh dirawat dengan berjaya.
 
Semasa mengendalikan proses kemasukan hospital, Puan Ye bertanya kepada Dr. Lin sama ada kaki Encik Ye boleh pulih dan berfungsi dengan normal selepas pembedahan. Maka, boleh dilihat bahawa keluarga Encik Ye amat risau akan keadaannya. Puan Ye berkata, apabila berkenalan dengan Encik Ye semasa muda, Encik Ye sudah menghidap penyakit ini tetapi mereka tidak tahu penyebabnya. Sungguhpun Encik Ye telah melawat doktor, tetapi kakinya semakin membengkak dan mengalami kesukaran semasa berjalan. Mengenai bagaimana mereka menemui Hospital Memorial Chang Gung, Linkou dan Dr. Cheng Ming-Huei, Encik Ye berkata, surat khabar di Malaysia pernah melaporkan bahawa seorang gadis muda telah berjaya pulih dari penyakit limfedea di seberang laut. Justeru, Encik Ye mencari makumat tentang Dr. Cheng melalui Internet. Selepas memikirkannya, Encik Ye membuat keputusan untuk menerima rawatan di sini dan terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Antarabangsa, Hospital Memorial Chang Gung, Linkou untuk membuat perancangan secepat mungkin.
 
Mengikut kakak kedua Encik Ye, sungguhpun Encik Ye memutuskan untuk menerima rawatan, dia masih berasa takut kerana ia adalah pembedahan yang besar. Namun, Encik Ye masih amat yakin dengan kebolehan Dr. Cheng! Pengurus kes Dr. Lin bercerita, Encik Ye telah menjalani sejumlah tiga pembedahan, dan pembedahan pertama yang berlangsung selama lebih daripada 10 jam adalah bahagian yang paling susah, manakala dua pembedahan yang seterusnya dijalankan untuk tujuan pembaikan. Saiz paha dan betisnya diukur setiap hari, dan keadaan pemulihannya amat baik. Namun, Encik Ye masih perlu berehat dan terus menjalani rehabilitasi untuk mencapai kesan pemulihan yang lebih baik.
 
Semasa berjumpa dengan Encik Ye dalam lawatan doktor terakhir, kaki kanannya telah menjadi lebih kecil, dan Encik Ye kelihatan lebih ceria. Dengan rasa puas hati, Encik Ye memberitahu saya bahawa sekarang, dia boleh mengangkat kaki kanannya dengan mudah, dan dia amat terhutang budi kepada Dr. Cheng. Oleh sebab Encik Ye seorang pemalu dan tidak berani menyatakan rasa terhutang budi kepada Dr. Cheng, pengurus kes Dr. Lin sentiasa menggalakkan Encik Ye untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada Dr. Cheng.
 
Semasa menjalankan pemeriksaan yang terakhir terhadap Encik Ye, Dr. Cheng mengingatkan Encik Ye tentang setiap butiran mengenai penjagaan luka, dan menekankan bahawa Encik Ye boleh bertanya kepada dia tentang sebarang masalah yang dihadapinya. Setelah pemeriksaan tamat, Dr. Cheng berjabat tangan dengan semua orang. Semasa berjabat tangan dengan Encik Ye, Encik Ye memberitahu Dr. Cheng dan berkata, “Saya amat gembira. Terima kasih, Dr. Cheng!” Semua orang yang hadir, termasuk Dr. Cheng, ketawa bersama-sama.
 

Rasa terima kasih yang tulus ikhlas adalah pengiktirafan dan dorongan yang terbaik untuk Dr. Cheng dan pasukan perubatan beliau.

Kongsi Foto

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama