Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Jen-Ai, Dali

 

Disiapkan pada tahun 1995, cawangan Dali telah ditukar nama menjadi Hospital Jen-Ai, Dali pada tahun 2008. Sejak penubuhan, hospital kami bermatlamat melindungi kesihatan penduduk-penduduk komuniti, dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang bermutu tertinggi kepada penduduk-penduduk komuniti. Hospital Jen-Ai, Dali diusahakan oleh Pengarah Encik Liao Chuan-Sheng berdasarkan semangat “meneroka yang baru dari hati, mengejar pembaikan dan kecemerlangan”.

Pada tahun 1997, hospital kami diberi status “Hospital Serantau” dalam Akreditasi Biro Kesihatan, manakala pada tahun 2000 dan 2004, hospital kami telah diberi status “Hospital Pengajaran Serantau” dalam Akreditasi Biro Kesihatan. Pada tahun 2007, hospital kami telah diberi status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital Sistem Baru, justeru menunjukkan bahawa prestasi perkhidmatan kami diiktiraf oleh semua pihak. Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi untuk penduduk-penduduk komuniti dan meningkatkan kemudahan perkakasan, hospital kami telah memperkenalkan pengimbas tomografi berkomputer 64 hiris, dan menubuhkan pusat kemahiran klinikal dan pusat pengimejan PET yang pertama di Daerah Tun.

Menyumbang kepada masyarakat dengan berhati perut, melindungi komuniti melalui kemahiran perubatan, menawarkan penjagaan perubatan yang bermutu tinggi dan selamat, serta mempraktikkan semangat berpusatkan penduduk tempatan, kawasan setempat dan komuniti adalah objektif dan sasaran yang dikejar oleh Hospital Jen-Ai, Dali, sementara visi hospital kami adalah untuk menjadi hospital dengan reputasi paling bermutu di Daerah Tun. Hospital kami juga berpegang teguh kepada kepercayaan yang “berorientasikan pesakit”, dan berusaha gigih untuk membangunkan persekitaran perkhidmatan perubatan yang paling mudah diakses dan bermutu tinggi supaya penduduk-penduduk komuniti boleh mengiktiraf perkhidmatan kami yang bermutu tinggi dan menikmati keputusan yang bertambah baik, sekali gus mengubah perkhidmatan perubatan yang dijalani menjadi pengalaman-pengalaman yang indah. Tidak lama lagi, hospital kami akan membina budaya “pesakit selamat” dan “pengurusan risiko” agar pesakit-pesakit dan kakitangan perubatan boleh menerima rawatan dan bekerja di hospital dengan selamat. Selain itu, hospital kami juga akan mewarisi tradisi baik yang dibina melalui kesihatan komuniti dan menyumbang kepada masyarakat, justeru memenuhi tanggungjawab kami sebagai penaung kesihatan komuniti.

Pada masa depan, Hospital Jen-Ai, Dali akan meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara doktor-doktor akar umbi dan unit-unit perubatan untuk melaksanakan dasar perubatan kesihatan negara dan mempraktikkan pengelasan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan perubatan demi memastikan kelestarian dan keutuhan sistem perubatan. Hospital kami akan belajar dari prestasi berbagai-berbagai penanda aras d hospital-hospital yang lain, dengan harapan untuk menjadi sebuah hospital komuniti yang berteraskan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama