Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Besar Cheng Hsin

Ditubuhkan oleh Soong Mei-Ling, isteri Presiden Chiang Kai-Shek pada tahun 1967, Hospital Besar Cheng Hsin pada awalnya merupakan sebuah pusat perubatan rehabilitasi bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit polio. Pada tahun 2003, Puan Cecilia Yen Koo mengambil alih kedudukan Pengarah Hospital Besar Cheng Hsin sehingga hari ini. Kini, Hospital Besar Cheng Hsin telah berkembang menjadi sebuah hospital pengajaran komprehensif yang menyeluruh, dan memiliki 1137 buah katil pesakit. Selain itu, ia merupakan satu-satunya hospital di Taiwan yang terletak di sebuah taman bunga. Hospital Besar Cheng Hsin bukan sahaja mempunyai alatan perubatan yang paling canggih, seperti lengan robot Da Vinci, pengimbas tomografi berkomputer dua sumber (juga dikenali sebagai tomografi berkomputer 800 hiris) dan 3T MRI, sistem pengkateteran jantung navigasi bermagnet yang pertama di Taiwan, bilik pembedahan jantung majmuk yang pertama di Taiwan dan kedua di Asia, tetapi juga mencatatkan banyak rekod yang cemerlang dan inovatif dalam bidang perubatan, sekali gus menjadi pemimpin yang berkemahiran perubatan lembut di Asia. Di Pusat Perubatan Jantung (termasuk kardiologi, pembedahan jantung, pusat pembinaan semula fungsi jantung, pusat penjagaan jantung jarak jauh dan pusat rawatan rapi jantung), pasukan kardiovaskular di hospital kami telah mencatatkan berbagai-bagai pencapaian yang cemerlang di bawah pimpinan Profesor Wei Cheng.

Misalnya, pada tahun 1996, hospital kami telah berjaya menjalankan pemindahan jantung dan ginjal sekepas berjaya menjalankan kes penggantian seluruh jantung yang pertama di seluruh dunia. Pada tahun 1997, hospital kami mula menggunakan teknologi pengkateteran jantung bermula dari arteri radius tangan untuk melegakan rasa sakit di kalangan pesakit. Pada tahun 1999, hospital kami mula menjalankan pembedahan pintasan arteri koronari semasa jantung masih berdenyut untuk menyediakan berbagai-bagai kaedah rawatan untuk pesakit-pesakit tua dan berisiko tinggi. Pada tahun 2001, hospital kami berjaya menjalankan pemindahan jantung tanpa transfusi darah yang pertama di dunia ke atas seorang kanak-kanak berumur 2 tahun. Pada bulan Januari 2009, Profesor Wei Cheng telah mereka bentuk dan mencipta penyambung gelang vaskular (vascular ring connector) yang merupakan produk perubatan kardiovaskular jenis implantasi ciptaan orang Cina yang diluluskan oleh FDA di Amerika Syarikat dan dijual di pasaran. Pada bulan April 2010, hospital kami telah mengadakan sesi penyampaian keputusan pembedahan pemindahan jantung sepanjang 24 tahun, dan menjemput orang-orang yang telah menjalani pemindahan hati untuk meraikan pengalaman kelahiran semula. Sebanyak 17 orang yang telah menjalani pemindahan jantung telah hidup lebih daripada 20 tahun, dan ini merupakan rekod yang paling lama di Asia buat masa ini. Pada bulan Jun 2010, pasukan perubatan jantung yang dipimpin oleh Profesor Wei Cheng dari hospital kami telah diundang untuk menjalankan pemindahan jantung yang pertama di Vietnam. Setelah berusaha gigih bertahun-tahun, mutu pembedahan di pusat perubatan jantung telah mencapai taraf antarabangsa, dan kadar ketakatan bagi kes pemindahan jantung di pusat ini alah lebih baik daripada maklumat yang diumumkan oleh Rangkaian Perolehan dan Pemindahan Organ (Organ Procurement and Transplantation Network, OPTN) di Amerika Syarikat dan Daftar Sains Penerima Pemindahan (Scientific Registry of Transplant Recipients, SRTR). Di samping itu, berdasarkan maklumat yang diumumkan oleh Pentadbiran Insurans Kesihatan Kebangsaan Taiwan, kadar ketakatan bagi pemindahan jantung di Hospital Besar Cheng Hsin adalah tertinggi di Taiwan. Dari segi kuantiti, hospital kami telah berjaya menjalankan 450 kes pembedahan pemindahan hati sehingga hari ini, manakala sejumlah 600 kes pembedahan jantung terbuka dan saluran darah besar dijalankan di hospital kami setiap tahun. Sehingga kini, hospital kami telah menjalankan berpuluh ribu kes pembedahan jantung, dan merupakan pusat perubatan jantung yang paling berpengalaman di Asia. Pada tahun 2011, hospital kami mula menjalankan pembedahan Pemindahan Injap Aorta Trans-Kateter (Trans-catheter Aortic Valve Implantation, TAVI). Dengan mempraktikkan semangat berpasukan antaran pasukan perubatan pesakit luar dan pembedahan jantung, hospital kami telah berjaya menjalankan kira-kira 150 buah kes TAVI yang melibatkan pesakit-pesakit dengan umur purata 83 tahun, sementara pesakit yang paling tua berumur 101 tahun. Justeru, hospital kami mencatatkan bilangan pembedahan dan kadar ketakatan yang tertinggi di Asia.

Di bawah sokongan Pengerusi Liga Wanita Kebangsaan (National Women’s League), Puan Cecilia Koo Yen, Jabatan ENT di hospital kami telah menubuhkan Pusat Perubatan Auditori yang pertama di Taiwan pada tahun 2004. Sehingga tahun 2015, pusat ini telah berjaya membantu 230 orang kanak-kanak dari Tanah Besar China memasang telinga elektronik buatan. Pada bulan April 2010, Han Zheng, Mayor Bandar Shanghai pada masa itu telah melawat pusat perubatan auditori di hospital kami dan telah membuat pendermaan kepada hospital kami atas nama Pengarah Kehormat Persatuan Palang Merah Bandar Shangai untuk tujuan merawat kanak-kanak China yang menghadapi masalah pendengaran. Semangat kasih sayang Hospital Besar Cheng Hsin telah merebak merentasi hujung sebelah Selat Taiwan ke kanak-kanak bermasalah pendengaran yang memerlukan penjagaan dan rawatan. Hospital kami juga memiliki sebuah pusat pengurusan kesihatan (termasuk pemeriksaan kesihatan peringkat tinggi, perubatan pencegahan, perubatan estetika dan pengurusan kesihatan yang tersuai). Tahap kesihatan yang tertinggi adalah pencegahan pada peringkat awal agar kesan rawatan adalah lebih baik. Untuk memperluas mutu perkhidmatan, hospital kami telah menubuhkan Pusat Pengurusan Kesihatan yang merangkumi persekitaran perubatan yang paling mesra, penggunaan alatan pemeriksaan yang paling canggih, kepakaran pasukan perubatan yang paling profesional, dan pembentukan penunjuk-penujuk mutu pemeriksaan kesihatan yang bertaraf antarabangsa.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama