Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Pusat Mata Universal

Pusat Mata Universal adalah pakar perlindungan penglihatan di Taiwan
Pusat kami menawarkan perundingan sebelum dan selepas pembedahan yang profesional dan mesra serta pemeriksaan yang lengkap sebelum pembedahan, menyediakan program rawatan penglihatan peribadi, menawarkan persekitaran pembedahan yang selamat, melaksanakan kawalan pencegahan dan disinfeksi dan menawarkan yuran perubatan yang berpatutan dan telus.
Misi Pusat Mata Universal adalah seperti berikut: Lihat dengan Jelas, Lihat dengan Selesa, Lihat Masa Depan Anda
Nilai-nilai teras Pusat Mata Universal adalah: Hormat-menghormati, Cemerlang, Kongsi/Selamat, Profesional, Berkesan, Belas Kasihan, Amanah.


Sejarah Perkembangan Pusat Mata Universal
Ogos 1992 - Pusat Mata Universal Xinnan, iaitu pusat perubatan yang pertama di bawah Kumpulan Pusat Mata Universal ditubuhkan di

Jalan Xinsheng Selatan, Bandar Taipei

1993 - Pusat Mata Universal (Daerah Sanxia, Bandar Baru Taipei) ditubuhkan.

1996 - Pusat Mata Universal (Daerah Xinzhuang, Bandar Baru Taipei) ditubuhkan

1999 - Pusat Pembedahan Biasan Laser ditubuhkan di Hospital Besar Cathay.

1999 - Pusat Pembedahan Biasan Laser ditubuhkan di Hospital Kardinal Tien, dan Mesin Eksimer Visx STAR S3 diperkenalkan di pusat tersebut

2000 - Pusat Mata Universal (Jalan Zhongxiao Timur, Bandar Taipei) ditubuhkan

2001 Pusat Mata Universal (Jalan Chung-Kang, Bandar Taichung) ditubuhkan, dan Mesin Eksimer Visx STAR S3 diperkenalkan di pusat tersebut

2002 - Pusat Mata Universal (Bandar Tainan) ditubuhkan

2003 - Pusat Mata Universal (Tienmu, Bandar Taipei) dan Pusat Mata Universal (Sanchong, Bandar Baru Taipei) ditubuhkan.

2004 - Pusat Mata Universal Fengshan ditubuhkan pada bulan Februari, manakala Pusat Mata Universal Hsinchu ditubuhkan pada bulan

Ogos.
2005 - Pusat Mata Universal Depan Stesen Utama Taipei ditubuhkan pada bulan Oktober

Jun 2007 - Pusat Perubatan Estetika Universal ditubuhkan. Pusat ini merangkumi perubatan estetika dan menawarkan perkhidmatan lengkap yang bertumpu kepada kesihatan penglihatan dan kecantikan.

Oktober 2010 - Pusat Mata Universal lulus Akreditasi Perubatan Antarabangsa, Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (Joint Commission International, JCI), dan menjadi pusat pembedahan pesakit luar pertama yang memperoleh pensijilan ini di Taiwan.

April 2011 - Ibu pejabat kami di China telah ditubuhkan di Bandar Shanghai.

Disember 2012 - Pusat Mata Universal mengadakan kerjasama strategik dengan Jabatan Oftalmologi di Hospital Ruidong, Bandar Shanghai, dan menubuhkan premis Pusat Mata Universal yang pertama di China.

Ogos 2013 - Pusat Mata Universal memperoleh Pensijilan Mutu Perubatan Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT), dan berjaya memperoleh kelayakan dalam visa pelancongan antarabangsa.

Disember 2013 - “Laser Presbiopia dan Miopia” memperoleh Pensijian Mutu Kebangsaan SNQ

Oktober 2013 - Pusat Mata Universal telah memperoleh Pensijilan Mutu Perubatan Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT) buat kali kedua.

April 2014 - Pusat Mata Universal mengadakan kerjasama dengan Hospital BenQ di Bandar Nanjing untuk menubuhkan Pusat Pembedahan Biasan Oftalmologi.

Jun 2014 - Pusat Mata Universal memperoleh Pusat Mata Mingshikang di Bandar Ningbo

Mac 2015 - Cawangan Pusat Mata Universal ke-16 dan ke-17 ditubuhkan di Sanchong dan Nankan.

Jun 2015 - Pusat Mata Universal mengadakan kerjasama strategik dengan Hospital BenQ di Bandar Suzhou untuk menubuhkan Pusat Mata Universal di kawasan tersebut

Januari 2016 - Cawangan Pusat Mata Universal mengadakan kerjasama strategik dengan Hospital Pertama Bandar Ningbo untukmenubuhkan Pusat Mata Universal di kawasan tersebut.

Februari 2016 - Cawangan Pusat Mata Universal ke-18 ditubuhkan di Longtan.

Julai 2016 - Pusat Mata Universal telah memperoleh Pensijilan Mutu Perubatan Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT) buat kali ketiga.

November 2016 - Pusat Mata Universal Nankan bertukar nama menjadi Pusat Mata Universal Luzhu

Januari 2017 - Pusat Mata Universal Tsan Ming, iaitu cawangan ke-19, ditubuhkan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama