Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Pusat Kesejahteraan Lianan

Konsep holistik bukan satu slogan dan bukan satu kepercayaan. Ia adalah sikap profesional yang diamalkan oleh Pusat Kesejahteraan Lianan untuk melaksanakan pemeriksaan and pengurusan kesihatan yang lengkap untuk orang awam. Sepanjang perjalanan ke pencapaian hari ini, Pusat Kesejahteraan Lianan selalu percaya bahawa mengejar keadaan minda dan fizikal adalah keinginan utama setiap orang!

Sejak penubuhan pusat kami pada tahun 1993, pusat kami adalah komited terhadap konsep perkhidmatan yang “profesional, berperikemanusiaan, cekap dan lengkap”, dan menghargai kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh setiap pelanggan. Maka, Pusat Kesejahteraan Lianan terus memperkenalkan perkhidmatan yang inovatif, meningkatkan mutu perubatan, melancarkan kursus peningkatan profesionalisme kakitangan perubatan, dan juga membawa masuk alatan perubatan yang canggih dan pemikiran perubatan pencegahan yang baru seiring dengan komuniti antarabangsa, demi menawarkan pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang paling bermutu kepada orang ramai.

Mutu perubatan dan perkhidmatan yang profesional juga bukan sahaja membolehkan pusat kami lulus Pensijilan Mutu Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Bersama Taiwan dan memperoleh pengiktirafan daripada ISO, tetapi juga berjaya memenangi kepercayaan dan amanah pelanggan-pelanggan antarabangsa.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di pusat kami adalah seperti berikut:

1. Pemeriksaan kesihatan seluruh badan mengikut umur,

2. Pemeriksaan perubatan pengimejan,

3. Perubatan fungsian,

4. Pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan syarikat,

5. Perubatan khusus di peringkat antarabangsa.

 

Pusat kami juga menyediakan talian perubatan antarabangsa dan perkhidmatan-perkhidmatan peribadi seperti berikut:

1. Sebelum pemeriksaan kesihatan, perunding pemeriksaan kesihatan akan membantu pesakit-pesakit membuat perancangan sebelum pemeriksaan dan mencadangkan tempat penginapan yang sesuai;

2. Seluruh proses pemeriksaan kesihatan akan dipandu oleh kakitangan yang fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun;

3. Pada hari pemeriksaan, doktor pakar perubatan antarabangsa akan menerangkan laporan pemeriksaan;

4. Laporan pemeriksaan kesihatan yang disediakan dalam Bahasa Inggeris akan dihantar ke tempat tinggal asal pesakit 14 hari selepas pemeriksaan;

5. Pusat pengurusan kesihatan yang profesional menyediakan perundingan dan menjawab semua isu pesakit tentang kesihatan selepas pemeriksaan kesihatan;

6. Sempena trend perlindungan alam sekitar di seluruh dunia, pusat kami menawarkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran;

7. Pusat perubatan antarabangsa kami menawarkan ruang peribadi, dan setiap jabatan dilabelkan dengan papan tanda dwibahasa. Persekitaran dwibahasa memudahkan pesakit-pesakit luar negara mengenal pasti kemudahan-kemudahan di pusat kami.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama