Bergerak ke Kandungan Utama
:::
  • Halaman Utama
  • Kes Berjaya
  • Utara
  • Sakit pinggang sehingga ingin menangis setelah duduk lama - Pesakit dari Malaysia menjalani pembedahan cantuman tulang belakang invasif minimal

Sakit pinggang sehingga ingin menangis setelah duduk lama - Pesakit dari Malaysia menjalani pembedahan cantuman tulang belakang invasif minimal

Hospital Universiti Perubatan Taipei   更新日期:2017-12-01

Puan Chi, orang Indonesia yang tinggal di Sabah, Malaysia telah mencederakan bahagian pinggangnya semasa mengangkat barang yang berat dengan postur yang salah pada bulan Mac 2016. Walaupun telah melawat hospital berkali-kali, keadaannya gagal pulih. Pinggangnya terus sakit sehingga dia tidak dapat duduk lama, manakala kaki dan tangan kanannya juga berasa sakit. Secara kebetulan, Puan Chi mendapat tahu bahawa abang iparnya di Indonesia pernah menjalani rawatan perubatan di Hospital Universiti Perubatan Taipei dan dirawat secara menyeluruh. Justeru, Puan Chi menghubungi Pusat Perubatan Antarabangsa di hospital kami, dan membuat perancangan untuk menerima rawatan perubatan di Taiwan selepas perundingan jarak jauh dengan doktor di hospital kami.

 
Pada pertengahan bulan Februari 2017, Puan Chi yang ditemani oleh keluarganya melawat Dr. Huang Tsung-Jen, Penolong Pengarah dan doktor pakar di Jabatan Ortopedik di hospital kami. Setelah memeriksa keadaan Puan Chi, Dr. Huang mengatur Puan Chi untuk menjalani pemeriksaan sinar-X, MRI dan pemeriksaan yang berkenaan, dan diagnosisnya menunjukkan bahawa Puan Chi telah menghidap penyakit spondilolistesis degeneratif lumbar dan stenosis lumbar. Oleh sebab pesakit ini telah mengalami sakit pinggang dan siatika jangka panjang, Puan Chi memilih untuk menjalani pembedahan cantuman tulang belakang invasif minimal setelah mendengar penjelasan Dr. Huang tentang keadaan penyakitnya dan kaedah pembedahan.
 

Di bawah jagaan yang teliti oleh pasukan perubatan yang dipimpin oleh Dr. Huang, Puan Chi berjaya menjalani pembedahan ini dan pulih dengan baik. Pada keesokan hari, Puan Chi turun dari katil dengan menggunakan alat sandaranm dan keluar dari hospital lima hari kemudian. Puan Chi amat berterima kasih kepada Hospital Universiti Perubatan Taipei atas mutu perubatan yang tinggi. Selepas menjalani pemeriksaan susulan dua kali, dia kembali ke Malaysia pada akhir bulan Februari. Puan Chi menekankan bahawa dia tidak berasa takut semasa mendapat tahu dia perlu menjalani pembedahan dan rawatan selepas pembedahan kerana dia terasa layanan yang ramah mesra dan profesional yang diberi oleh pasukan perubatan yang dipimpin oleh Dr. Huang. Justeru, dia berasa amat yakin akan rawatan perubatan yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Hospital Universiti Perubatan Taipei. Semasa tinggal di hospital, dia juga menerima jagaan dan sokongan rohani daripada kakitangan perbatan di hospital, dan dia berasa amat selesa umpama tinggal di rumahnya semasa tinggal di hospital. Di samping itu, Puan Chi berkata bahawa dia akan berkongsi pengalaman rawatan perubatan di Hospital Universiti Perubatan Taipei dengan lebih ramai orang Indonesia dan orang Malaysia, dan berharap agar mereka boleh memilih untuk menjalani rawatan di hospital kami demi menerima penjagaan perubatan yang paling menyeluruh.

Kongsi Foto

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama