Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Besar Kuang Tien

Ditubuhkan pada tahun 1913, Hospital Besar Kuang Tien adalah salah sebuah institusi perubatan yang ditubuhkan paling awal di Taiwan. Kini, Hospital Besar Kuang Tien telah berkembang menjadi sebuah hospital pengajaran yang memiliki 1320 buah katil pesakit dan berupaya menawarkan perkhidmatan perubatan akut dan jangka panjang. Dengan pengalaman perubatan selama seabad dan pengalaman pengajaran perubatan selama 40 tahun, Hospital Kuang Tien mempunyai reputasi di seluruh Taiwan dalam penjagaan kesihatan bersepadu yang bermutu tinggi, usaha melatih doktor baru, sumbangannya terhadap penyelidikan perubatan dan usaha menjalankan program perkhidmatan komuniti yang inovatif.

Hospital Kuang Tien terkenal kerana jabatan ortopedik kanak-kanak dan siri rawatan penyakitnya, termasuk dislokasi pinggul kongenital, kecacatan varus, kecacatan valgus dan palsi serebrum. Hospital Kuang Tien telah mengendalikan lebih daripada 1000 buah kes pembedahan untuk pesakit dengan displasia pinggul, manakala Hospital Kuang Tien mencatatkan kadar ketakatan yang amat tinggi untuk pembedahan sinus endoskop dan telah mengendalikan kira-kira 500 buah pembedahan ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu. Pusat Rawatan Tinitus di Hospital Kuang Tien yang ditubuhkan pada tahun 1995 telah berjaya merawat lebih daripada 3000 orang pesakit tinitus, termasuk pesakit-pesakit dari Tanah Besar China dan Eropah.

Hospital Kuang Tien menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk pesakit antarabangsa, termasuk perancangan pelancongan perubatan dan penginapan, permohonan visa perubatan dan penterjemahan bahasa.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama