Bergerak ke Kandungan Utama

Klinik Havo

Ditubuhkan selama 25 tahun, Klinik Havo telah bertukar dari sebuah klinik komuniti menjadi pusat pemeriksaan kesihatan yang profesional, dan sekali lagi mengalami transformasi menjadi sebuah institusi pengurusan kesihatan yang menyeluruh. Kini, klinik kami sedang menggunakan sambungan Internet dan teknologi dan bekerjasama dengan industri untuk membina Klinik Kesihatan 3.0 yang merupakan sebuah model baru untuk perubatan pencegahan yang mengikut perkembangan zaman.

Dengan sebuah pasaukan yang terbaik, klinik kami menjadikan “integriti dan kejujuran, semangat dan kasih sayang, pembelajaran inovatif dan semangat berpasukan” sebagai nilai-nilai teras kami yang juga prinsip-prinsip pasukan kami dan semua kakitangan kami sejak penubuhan klinik kami. Sungguhpun teknologi perubatan semakin maju, kami percaya bahawa perubatan yang terbaik adalah perubatan pencegahan yang mencegah penyakit, manakala menjaga kesihatan sendiri bukan tanggungjawab institusi perubatan, tetapi tanggungjawab kita sendiri. Klinik kami menawarkan berbagai-bagai pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan pengurusan kesihatan kepada individu dan kumpulan.

Pada masa yang sama, klinik kami menyediakan perkhidmatan pengurusan kesihatan 1+364, penyelesaian promosi kesihatan untuk anda selepas pemeriksaan kesihatan dan maklumat kesihatan, sekali gus menguruskan kesihatan anda secara menyeluruh. Justeru, klinik kami menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih bermakna dan membolehkan pengurusan kesihatan dilaksanakan dalam kehidupan seharian!

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama