Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Kristian Mennon

Hospital Kristian Mennon merupakan sebuah hospital yang mempunyai 800 orang kakitangan. Dengan usaha gigih mubaligh luar negara, hospital kami telah berkembang menjadi sebuah hospital pengajaran serantau yang memiliki kira-kira 500 buah katil pesakit dan mempunyai berbagai-bagai jabatan perubatan, termasuk perubatan dalaman umum: kardiologi, perubatan dalaman toraks, neurologi, gastroenterologi, nefrologi, metabolisme, penyakit berjangkit, reumatologi dan immunologi; pediatrik umum, neonatologi, kardiologi kanak-kanak, hematologi kanak-kanak; pembedahan umum: pembedahan kantung, ortopedik, urologi, neurosurgeri, pembendahan rektum, pembedahan toraks, ginekologi dan obstetrik, anesthesiologi, rehabilitasi, otolaringologi, oftalmologi, perubatan keluarga, dermatologi, psikiatri, patologi, pergigian, pembedahan oral dan muka, perubatan kecemasan, onkologi sinaran, hematologi dan onkologi, perubatan nuklear dan lain-lain lagi.

Mengikut keperluan orang ramai, hospital kami memperkenalkan konsep dan kaedah penjagaan perubatan yang paling canggih dari dalam dan luar negara untuk melayan pesakit-pesakit, dan menggunakan alat pengimbas pengimejan resonans magnet (1.5T), tomografi berkomputer, endoskop elektronik, alat pengimbas gelombang ultrabunyi 4D, pemecut linear (10 juta eV), Sistem Pengarkiban dan Komunikasi Gambar (Picture Archiving and Communication System, PACS), litotripter gelombang kejut ekstrakorporeum, alatan pembedahan neurosurgeri dan mikro untuk memulakan suasana perubatan di kawasan pantai timur Taiwan.

Pegawai-pegawai promosi kesihatan komuniti adalah komited untuk mempromosikan konsep pencegahan berbagai-bagai penyakit kronik, kesihatan wanita dan kanak-kanak dan gaya hidup sihat. Pekerja-pekerja sosial menggunakan kaedah profesional dan kemudahan perubatan untuk membentuk pasaukan demi membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pesakit, termasuk masalah sosial, ekonomi, keluarga, psikologi, kecacatan dan pembinaan semula. Justeru, hospital kami telah menubuhkan berbagai-bagai yayasan bantuan perubatan untuk membantu pesakit-pesakit yang miskin. Kakitangan pastoral sering melawat para pesakit untuk menjaga, menghiburkan hati dan menggalakkan pesakit-pesakit untuk mengatasi kesakitan fizikal. Di samping itu, hospital kami menubuhkan stesen perubatan di kawasan pergunungan untuk menjaga kesihatan orang asli, dan dengan itu memastikan sumber perubatan di kawasan pergunungan dan pedalaman adalah mencukupi. Hospital kami juga menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang baik untuk doktor-doktor dan kakitangan perubatan yang berkaitan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama