Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Besar Ton-Yen

Hospital Besar Ton-Yen ditubuhkan kerana Perbandaran Jhubei di Wilayah Hsinchu sering mengalami kekurangan sumber perubatan yang melampau sejak penyerahan kembali Taiwan, dan tiada tempat penduduk-penduduk di kawasan ini, justeru banyak nyawa yang berharga gagal diselamatkan.

Dengan itu, Pengarah Hospital Dr. Huang Chung-Shan balik ke kampungnya untuk menubuhkan sebuah hospital yang paling moden mengikut hasrat ayah beliau, Huang Chin-Shih. Penubuhan hospital kami boleh disusur-galur dari tahun 1991. Pada masa itu, Eksekutif Yuan sedang giat melancarkan 14 buah projek pembinaan infrastruktur, dan salah sebuah projek adalah project rangkaian perubatan yang bertujuan meningkatkan kesihatan rakyat dan menguatkan negara. Oleh sebab kawasan perubatan Jhubei di bawah rangkaian perubatan Hsinchu adalah kawasan yang amat kekurangan sumber perubatan, hospital kami telah menerima dana dan bantuan daripada Dana Pembangunan Perubatan di bawah Biro Kesihatan, Eksekutif Yuan, sempena dasar kerajaan, dan seterusnya merancang untuk membina sebuah hospital besar yang moden. Hospital kami mula dibina pada 1hb Oktober 1993, dan mula beroperasi pada 19hb September 1995. Pada 1hb Oktober 1995, hospital kami mula menawarkan perkhidmatan pesakit luar, rawatan kecemasan dan kemasukan hospital kepada penduduk-penduduk tempatan.

Hospital kami merupakan satu-satunya hospital pengajaran serantau di Wilayah Hsinchu, dan telah diberi status sebagai hospital cemerlang dalam Akreditasi Hospital Biro Kesihatan, Eksekutif berkali-kali. Pada 20hb Januari 2015, hospital kami telah dinilai sebagai satu-satunya hospital kelas pertama dengan keupayaan pertolongan cemas di Hsinchu, Jhubei dan Miaoli, justeru memikul beban untuk menawarkan perkhidmatan rawatan kecemasan dan perubatan penyakit teruk kepada jumlah penduduk sebanyak 550,000 orang di Wilayah Hsinchu.

Hospital kami merupakan satu-satunya hospital yang lulus pensijilan mutu penjagaan serangan penyakit jantung akut, dan juga satu-satunya hospital kelas pertama dengan keupayaan rawatan kecemasan di kawasan Taoyuan, Hsinchu dan Miaoli. Pasukan penjagaan perubatan di hospital kami bertugas 24 jam sehari dan sepanjang tahun untuk menyelamatkan pesakit secepat mungkin. Hospital kami mencapai piawai antarabangsa untuk membuka saluran darah pesakit yang menghidap infarksi miokardium dalam masa 90 minit, sekali gus memendekkan masa diagnosis kecemasan dan masa pengkateteran jantung. Mengenai serangan penyakit jantung akut, hospital kami menyediakan penjagaan perubatan yang berterusan melalui integrasi rentas jabatan. Penjagaan perubatan oleh pasukan-pasukan perubatan merentasi 15 buah jabatan perubatan bukan sahaja menyediakan penjagaan perubatan serangan penyakit jantung akut, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pencegahan susulan yang dijalankan oleh lima buah jabatan perubatan yang utama, iaitu farmasi, pekerja sosial, nutrisi, rehabilitasi dan pemberhentian merokok, serta mencegah berulang penyakit tersebut. Di samping itu, hospital kami juga mempunyai pengurus kes yang bertanggungjawab mengesan dan menguruskan penjagaan perubatan, rawatan dan temu janji susulan serta penggunaan ubat-ubatan.

Hospital kami adalah satu-satunya pusat penjagaan perinatal di Wilayah Hsinchu, dan juga satu-satunya hospital yang mempunyai unit rawatan rapi neonatal (NICU) dan bilik penjagaan perantaraan bayi baru lahir (NBR). Tambahan pula, hospital kami adalah satu-satunya hospital kelas pertama dengan keupayaan pertolongan cemas. Hospital kami menyediakan penjagaan perubatan dan perkhidmatan rawatan kecemasan yang bermutu tinggi untuk wanita hamil dan bayi baru lahir. Mengenai situasi-situasi kecemasan yang dialami oleh wanit hamil berisiko tinggi, hospital kami berpengalaman luas dalam menangani situasi-situasi seperti ini. Kedua-dua pasukan perubatan neonatal dan pasukan perubatan ginekologi bekerjasama untuk menyediakan perundingan pranatal dan temu janji doktor yang lengkap, menjalankan penilaian bersepadu dan penjagaan perubatan yang berkaitan. Kini, pasukan-pasukan perubatan ini terdiri daripada 8 orang doktor pakar ginekologi dan obstetrik dan 7 orang doktor pakar pediatrik. Selain itu, hospital kami juga memiliki sumber pasukan perubatan lain yang berkaitan, termasuk doktor pakar oftalmologi, ahli terapi pernafasan, ahli farmasi, pekerja sosial, pakar pemakanan, jururawat pakar pediatrik, ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan, ahli psikologi kanak-kanak dan jururawat profesional untuk menyediakan rawatan yang lengkap dan berterusan serta penjagaan awal untuk bayi-bayi pramatang. Hospital kami terletak berdekatan dengan kawasan dengan lalu lintas yang sibuk, seperti Lebuhraya Sun Yat-Sen, Lebuhraya Formosa, laluan keretapi berkelajuan tinggi dan Lebuhraya Pantai Barat, dan dengan itu bertempat di lokasi hab penyelamatan semasa bencana berlaku.

Di sepanjang lebuhraya dari Linkou ke Taichung dengan jarak 130 km, tiada hospital kelas pertama dengan keupayaan pertolongan cemas, justeru kebanyakan kes rawatan kecemasan dihantar ke hospital kami buat masa ini. Hospital kami memiliki keupayaan untuk mengendalikan dan merawat kes trauma serius, dan boleh menjalankan pembedahan ke atas kecederaan otak, patah tulang, trauma, trauma abdomen dan saluran gastrousus 24 jam sehari dan sepanjang masa agar pesakit-pesakit dengan trauma serius menerima rawatan yang sesuai dengan serta-merta, sekali gus menyelamatkan nyawa yang berharga.

Untuk pesakit-pesakit dengan penyakit strok akut, hospital kami berupaya mengendalikan kes penyakit strok iskemia atau kes penyakit strok berdarah 24 jam setiap hari. Selain itu, mengenai penjagaan selepas penyakit strok, hospital kami menyediakan rawatan rehabilitasi yang berkesan agar pesakit-pesakit dengan penyakit strok menerima perubatan kecemasan dan penjagaan rehabilitasi susulan yang lengkap. Dengan itu, pesakit-pesakit dapat pulih dengan sendiri selepas menerima rawatan. Pasukan-pasukan perubatan di Hospital Besar Ton-Yen bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa, dan menyelamatkan nyawa secepat mungkin tanpa membazir masa, demi menjaga nyawa dan keselamatan penduduk-penduduk di Wilayah Hsinchu.

Di samping itu, pasukan-pasukan perubatan di Jabatan Ginekologi dan Obstetrik dan Jabatan Pediatrik hospital kami juga dipercayai oleh orang ramai. 77% daripada jumlah bayi di Wilayah Hsinchu dilahirkan di hospital kami. Untuk pasangan suami-isteri yang mengalami masalah kemandulan dan memerlukan bantuan, hospital kami telah menubuhkan Pusat Perubatan Pembiakan IVF, dan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pusat Perubatan Pembiakan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat. Hospital kami telah mengupah Profesor Barry Behr dan Profesor Jack Y.J. Huang dari Pusat Perubatan Pembiakan di Universiti Stanford sebagai perunding.

Selain itu, hospital kami juga telah menandatangani memorandum kerjasama teknikal dengan Profesor Jeremy Chang, Ketua Pegawai Teknologi di My Egg Bank, iaitu bank sel telur yang terbesar di dunia, dan juga mengupah Pengarah Professor Ri-Cheng-Chian dari Makmal Perubatan Pembiakan di Universiti McGill sebagai perunding untuk membawa masuk teknologi yang paling canggih di dunia ke Taiwan supaya perubatan pembiakan dan teknologi dan mutu terapi kemandulan di Taiwan adalah setanding dengan taraf dunia.

Sepanjang 20 tahun ini, Hospital Ton-Yen mendukung semangat “menawarkan penjagaan perubatan holistik yang berorientasikan pesakit” demi berkhidmat untuk penduduk-penduduk Wilayah Hsinchu. Pada masa depan, hospital kami akan terus menunaikan misi yang merangkumi “perkhidmatan, profesionalisme, mutu dan semangat” untuk menawarkan penjagaan dan perkhidmataan perubatan yang paling bermutu kepada orang ramai. 
 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama