Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Kristian Puli

Setelah melalui pembangunan selama 50 tahun, Hospital Kristian Puli memainkan peranan yang penting dalam pendidikan dan penyebaran perkhidmatan perubatan di kawasan pedalaman Taiwan, dan memiliki ciri-ciri istimewanya. Sungguhpun Hospital Kristian Puli merupakan sebuah hospital komuniti yang kecil, tetapi ia menjaga kesihatan fizikal, mental dan rohani penduduk-penduduk kawasan pedalaman Taiwan, terutamanya golongan kurang upaya dan lemah, dengan sepenuh hati, sekali gus mengingatkan kita semua agar hidup dengan rendah hati dan takut kepada Tuhan, dan menyaksikan bahawa Tuhanlah yang menentukan sejarah Hospital Kristian Puli. Sejarah Hospital Kristian Puli selama 50 tahun boleh dibahagikan kepada empat zaman utama.

Zaman Klinik Tengah Gunung Kristian (1956-1957): Setelah Perang Dunia ke-2, semua industri di Taiwan telah merosot, dan berlakunya kekurangan bahan dan sumber di kawasan pedalaman. Pada masa itu, seorang mubaligh agama Kristian dari Amerika Syarikat, Puan Lilian R. Dickson terasa kesengsaraan yang dialami oleh seorang ibu berbangsa orang asli semasa ibu tersebut mengebumikan sepuluh orang anaknya. Justeru, dengan bantuan Tuhan, Puan Dickson telah menubuhkan Misi Benih Mustard (The Mustard Seed Mission), dan memperoleh derma dari Amerika Syarikat untuk membantu menangani kekurangan penjagaan perubatan di kawasan kampung orang asli di kawasan pedalaman. Pada tahun 1955, Klinik Tengah Gunung Kristian dibina di No. 1030, Jalan Zhongshan, Perbandaran Puli, dan menjadi wajah Hospital Kristian Puli yang sebelumnya. Pada 16hb Januari 1956, upacara perasmian klinik dan upacara doa kesyukuran telah diadakan, dan Doktor (Reverend) Hsieh Wei dijemput menjadi pengarah klinik yang pertama, sekali gus memulakan perkembangan perubatan di kawasan pergunungan Taiwan. Salah seorang pengasas klinik, mubaligh Norway dan jururawat Bjarne Gislefoss mengenang bahawa klinik tengah gunung dibina di kawasan Puli kerana Perbandaran Puli berada di titik tengah Taiwan, dan ia memainkan peranan sebagai pusat perdagangan hasil tanaman pergunungan bagi orang asli. Di samping itu, terdapat kira-kira 20,000 orang asli di kawasan pergunungan di sekitar perbandaran ini.

Zaman Hospital Tengah Gunung Kristian Puli (1958-1983): Perkhidmatan perubatan percuma yang ditawarkan kepada orang asli oleh Klinik Tengah Gunung Kristian telah tersebar dengan pantas ke kampung-kampung orang asli di seluruh Taiwan melalui gereja-gereja dan kumpulan-kumpulan orang asli. Justeru, ramai orang asli berjalan kaki melalui gunung-ganang untuk menerima perkhidmatan perubatan di Puli, dan dengan itu klinik yang hanya mempunyai 6 buah katil pesakit pada asalnya dikunjungi oleh 15 orang pesakit, dan 10 daripada 15 orang pesakit telah menghidap penyakit batuk kering. Maka, klinik ini telah menyewa kawasan tanah di sebelah tasik ikan kap, dan membina rumah untuk dijadikan bilik wad bagi pesakit-pesakit batuk kering. Namun, keluarga pesakit-pesakit ini tidak dapat kembali ke rumah mereka pada hari yang sama dan tiada duit untuk menyewa tempat penginapan. Justeru mereka terpaksa bermalam di bilik-bilik wad yang disediakan. Semasa Dr. Hsieh Wei melawat pesakit-pesakit ini pada suatu malam, beliau mendapati bahawa bilik-bilik wad telah dipenuhi dengan orang tetapi pesakit-pesakit tidak dijumpai. Dengan itu, klinik ini telah menyewa kawasan tanah yang dimiliki oleh Gereja Ailan di atas gunung, dan membina lapan buah bilik wad untuk kegunaan klinik. Pada tahun itu, Pertubuhan World Vision International telah memberi Hospital Kristian Puli dana am untuk membantu membayar gaji dan membeli ubat-ubatan. Semasa pengasas pertubuhan ini, Dr. Bob Pierce memantau keadaan klinik di Taiwan, beliau berasa kagum dan terharu dengan pemandangan di sana dan semangat kakitangan di sana untuk melayan para pesakit. Dengan itu, beliau telah memberi sekeping cek kosong yang ditandatanganinya kepada pengarah klinik, Bjarne Gislefoss untuk membeli kawasan yang merupakan alamat hospital sekarang, dan membeli sebuah hospital di kawasan itu. Hospital ini merupakan bangunan pertama di kawasan Puli yang dibina dengan konkrit tetulang. Pada 24hb Jun 1962, upacara doa kesyukuran telah diadakan sempena perasmian Hospital Kristian Puli. Pembinaan hospital ini menandakan bermulanya zaman perkhidmatan hospital moden di Hospital Kristian Puli dari sebuah klinik, dan merupakan detik yang baru dalam sejarah hospital ini. Pada masa itu, Hospital Kristian Puli juga adalah hospital mode pertama di Wilayah Nantou yang dilengkapi alatan perubatan canggih. Reverend Bjarne Gislefoss dan isterinya Dr. Alfhild Gislefoss dari Norway terus berkhidmat untuk para pesakit di hospital ini, dan juga menubuhkan Sekolah Penjagaan Hospital Kristian Puli dan Rumah Penjagaan Poliomielitis, justeru telah menjaga ramai kanak-kanak dan gadis muda dari kaum orang asli. Zaman Hopsital Kristian Puli (1984-1999): Selepas pembentukan Akta Penjagaan Perubatan, kerajaan Taiwan mengehendaki hospital gereja menubuhkan yayasan. Pada masa itu, Pengerusi Hospital Dr. Wu Zhenchun menyokong untuk berdaftar dengan kerajaan dan menubuhkan sebuah yayasan, dan memutuskan bahawa Timbalan Pengarah Hospital Dr. Cheng Liang untuk mengendalikan perkara ini aktif. Pertubuhan World Vision International yang memiliki kebanyakan tanah di Hospital Kristian Puli, dan memahami konsep Program Tanah-Kepada-Penanam. Justeru, Presiden Dr. Chuang Wen-Sheng (juga ahli lembaga pengarah Hospital Kristian Puli) memutuskan untuk memindahkan semua tanah yang didaftarkan di bawah Pertubuhan World Vision kepada Hospital Kristian Puli agar Hospital Kristian Puli boleh memohon kepada mahkamah untuk membentuk sebuah yayasan dengan menggunakan tanah ini. Pada 23hb Mei 1985, Biro Kesihatan telah meluluskan permohonan Hospital Kristian Puli sebagai sebuah yayasan. Dr. Alfhild Gislefoss dilantik menjadi pengarah hospital yang ketiga, manakala Dr. Cheng Liang dilantik menjadi Timbalan Pengarah Eksekutif, dan Dr. Chao Wen-Chong berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Perubatan di Hospital Kristian Puli. Hospital Kristian Puli adalah harta Tuhan dan hasil kepercayaan kepada Tuhan. Pertubuhan World Vision telah membantu Hospital Kristian Puli menjadi sebuah institusi agama Kristian yang bebas, justeru menjadi satu contoh yang baik. Hospital Kristian Puli berkembang dengan matlamat untuk menjadi sebuah hospital yang “kecil tetapi halus”. “Kecil” di sini bermaksud berskala kecil tetapi lengkap dari semua segi. Sebuah hospital mesti mempunyai doktor-doktor yang penyayang dan teliti di lima buah jabatan perubatan utama, termasuk pesakit luar, pembedahan, pediatrik, ginekologi dan obstetrik, dan rawatan kecemasan demi berkhidmat untuk para penduduk di kawasan ini. “Halus” pula bermaksud bahawa hospital ini perlu menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan istimewa yang berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital-hospital lain. Justeru, hospital ini telah menubuhkan jabatan ginekologi dan obstetrik yang disokong oleh seorang doktor ginekologi dan obstetrik dari Hospital Kristian Changhua, dan jabatan ini ditubuhkan bersama oleh Pengarah Hospital Dr. Alfhild Gislefoss dan seorang doktor ginekologi dan obstetrik berbangsa Filipina. Pada mulanya, Jabatan Pediatrik disokong oleh doktor pediatrik dari Hospital Kristian Changhua, seorang doktor perubatan keluarga berbangsa Filipina dan beberapa orang doktor berusia tinggi. Dengan itu, empat buah jabatan perubatan telah terbentuk! Pada tahun 1991, Dr. Wu Wen-Ying mengambil alih kedudukan Pengarah Hosptal, dan memulakan proses pengkomputeran maklumat dan data di Hospital Kristian Puli, justeru perkhidmatan perubatan di Hospital Kristian Puli menjadi semakin stabil. Pada tahun 1992, jumlah orang yang mengunjungi jabatan pesakit luar di Hospital Kristian Puli adalah kira-kira 450 orang. Terdapat 60 buah katil pesakit dan 140 hingga 150 orang kakitangan perubatan di Hospital Kristian Puli. Di samping itu, hospital ini juga mula meraih keuntungan setiap bulan. Lembaga pengarah hospital menganggarkan bahawa bilangan penduduk di kawasan Puli pada tahun 2003 adalah 150,000 orang, dan keperluan perubatan di kawasan Puli mungkin tidak mencukupi. Maka, lembaga pengarah hospital membuat perancangan untuk membina sebuah hospital pengajaran serantau yang boleh beroperasi secara bersendirian di kawasan Puli. Dengan itu, hospital ini telah meminjam kira-kira NT$370 juta daripada bank untuk membina Bangunan Perubatan Mubaligh. Pada tahun 1994, Pengarah Hospital Dr. Wu Wen-Yong bersara, dan Dr. Huang Wei dari Jabatan Rheumatologi, Hospital Besar Veteran Taichung telah dilantik menjadi Pengarah Hospital yang kelima untuk memimpin pasukan Hospital Kristian Puli.

Zaman sekarang Hospital Kristian Puli (1999-kini): Kejadian gempa bumi yang melanda pada 21hb September telah membuatkan Hospital Kristian Puli memikul tanggungjawab untuk menawarkan penjagaan perubatan kecemasan di kawasan bencana alam, dan memainkan peranan sebagai penaung kesihatan komuniti di sepanjang proses pembinaan semula. Untuk sebuah hospital yang telah dibebani dengan hutang yang tinggi, ia memburukkan lagi keadaan hospital ini. Namun, Tuhan telah membantu menebus segala kekurangan yang dihadapi oleh hospital ini dalam bencana alam ini, dan memberi asas yang kukuh kepada Hospital Kristian Puli agar hospital ini boleh berdiri lagi dari runtuhan ini. Apabila kita berasa terdesak, kita menyaksikan bahawa rahmat Tuhan adalah begitu banyak untuk kita gunakan, dan membuatkan kita memahami pengajaran mengenai kebahagiaan semasa menghadapi kesengsaraan. Pada tahun 2003, Pengarah Hospital Dr. Huang Wei telah bersara setelah memimpin Hospital Kristian Puli selama tiga penggal dalam tempoh 9 tahun, dan terus berkhidmat di hospital ini. Dr. Chao Wen-Chong yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Perubatan di hospital ini pada tahun 1985, berkhidmat sebagai Ketua Jabtan Neurologi Kanak-Kanak di Hospital Kristian Changhua dan merupakan ahli lembaga pengarah hospital ini telah dilantik semula untuk memimpin 480 orang kakitangan di hospital ini selepas 20 tahun. Beliau terus memikul tanggungjawab untuk menjaga kesihatan para penduduk di kawasan Puli, dan berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Kristian Puli yang keenam sehingga hari ini. Pengarah Hospital Dr. Chao memimpin semua kakitangan hospital dalam proses pembinaan semula hospital selepas bencana gempa bumi pada 21hb September, dan melaksanakan penaiktarafan data perubatan hospital dan meningkatkan mutu perkhidmatan hospital, sekali gus lulus Akreditasi Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT) dan menjadi satu-satunya hospital tahap serantau di Wilayah Nantou.

Pada bulan April 2011, hospital ini telah memenangi Anugerah Mutu Kebangsaan ke-21. Mengenang sejarah misi penyebaran perubatan yang dijalankan oleh Hospital Kristian Puli, kami mendapati bahawa rahmat Tuhan tidak pernah meninggalkan hospital ini. Di sepanjang perjalanannya, hospital ini pernah melalui tempoh yang sengsara dan menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan cabaran. Namun, hospital ini berkembang dari hari ke hari, dan menerima bantuan daripada Tuhan yang menyokong perkembangannya. Sejarah misi penyebaran perubatan Hospital Kristian Puli adalah takdir Tuhan yang ingin membebaskan semua manusia daripada kuasa dosa. Menyusur-galur sumber adalah berkait rapat dengan pengakuan untuk “menyebarkan Gospel ke seluruh dunia” selepas naiknya Nabi Isa ke langit, dan juga sebahagian daripada amalan Tuhan untuk menyelamatkan manusia pada zaman purba. Kawasan ini merupakan titik yang amat kecil di peta dunia yang besar. Ketibaan Gospel di sini tidak selewat di Taiwan atau tempat-tempat lain di dunia ini. Namun, kami mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, dan Tuhan juga tidak memandang remeh.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama