Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan

 

Untuk menguatkan perubatan kronik, menggabungkan perubatan tradisional Cina dan perubatan Barat, serta menubuhkan sistem bersepadu yangg menggabungkan perubatan pencegahan dan perubatan penyakit akut dan kronik, Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan telah ditubuhkan pada tahun 1903. Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan terletak di Gaogang, Guishan yang berada beberapa kilometer dari Hospital Memorial Chang Gung Linkou. Kawasan yang bertentangan dengan lembah adalah Kampung Kesihatan dan Kebudayaan Chang Gung yang dikelilingi bukit-bukau dan persekitaran yang hijau, sebuah rumah penjagaan dan Kelab Golf Chang Gung yang dikelilingi pemandangan hijau yang luas. Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan merupakan sebuah bangunan mega dengan keluasan yang terbesar di Taiwan. Ia berbentuk kincir angin dengan gabungan dua salib, yang bertujuan membolehkan langit biru dan pemandangan hijau kelihatan di setiap penjuru hospital. Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan juga merupakan sebuah hospital di dalam taman bunga.

Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan bukan sahaja menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan perubatan Barat dan perubatan tradisional Cina dengan jenama Chang Gung dan juga perkhidmatan pemeriksaan, perkhidmatan pesakit luar dan pembedahan dan kemasukan hospital, tetapi juga memppunyai pusat pemeriksaan kesihatan, pusat dialisis, pusat perubatan estetika, pusat pergigian, pusat spa perubatan, pusat kraniofasial, pusat tidur, pusat kesihatan lelaki, pusat kecergasan, pusat penjagaan awal kanak-kanak dan pusat alat bantu yang bermutu tinggi untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan, diagnosis peringkat awal, rawatan peringkat awal dan perkhidmatan bersepadu rentas disiplin yang menyeluruh. Untuk pesakit-pesakit yang belum pulih semasa tempoh akut, Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan menawarkan bilik wad penyakit kronik bagi tujuan rehabilitasi dan jabatan psikiatri supaya pesakit-pesakit boleh terus pulih melalui rawatan bermutu tinggi dengan alatan yang baik, dan kembali ke keluarga mereka dan masyarakat.

Sejak 16hb Jun 2008, Pusat Kecantikan Kraniofasial Hopsital Chang Gung yang terkenal di peringkat antarabangsa telah ditubuhkan di Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan, dan menawarkan berbagai-bagai pembedahan pembetulan rentas disiplin yang profesional, seperti pembedahan pembetulan tulang rahang, ukiran wajah, bibir dan lelangit rekah, mikrotia dan spasma hemifasial. Di samping itu, Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan juga mengadakan berbagai-bagai acara peruktaran teknikal dengan persatuan-persatuan perubatan antarabangsa. Pasukan pembedahan kraniofasial di hospital kami telah memenangi Anugerah Emas dalam Anugerah Bioteknologi Kebangsaan (SNQ) pada tahun 2009, sekali gus diiktiraf sebagai pusat perubatan yang terbaik di peringkat global. Pada tahun 2011, pasukan Pusat Tidur di hospital kami telah memenangi Anugerah Tembaga dalam Anugerah Bioteknologi Kebangsaan (SNQ), manakala pasukan penjagaan di hospital kami telah memenangi Anugerah Perak dalam Anugerah Bioteknologi Kebangsaan (SNQ). Semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasukan-pasukan kami adalah perkhidmatan perubatan yang terbaik.

Diharapkan agar hospital penyakit kronik, pusat perubatan tradisional Cina dan projek-projek perubatan lain yang ditubuhkan selepas penubuhan Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan boleh membentuk satu sistem perkhidmatan perubatan yang lengkap untuk menjaga kesihatan orang Taiwan supaya orang ramai boleh betul-betul menikmati penjagaan perubatan yang bermutu tinggi di Hospital Memorial Chang Gung Taoyuan. Ini juga adalah sasaran perkhimatan yang ingin dicapai oleh kami.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama