Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Memorial Chang Bing Show Chwan

Ditubuhkan pada tahun 2006, Hospital Memorial Chang Bing Show Chwan yang meliputi kawasan seluas 8.5 hektar merupakan sebuah hospital pengurusan ala hotel yang menggabungkan fungsi-fungsi hotel, rekreasi dan kesihatan. Hospital kami berkhidmat untuk pesakit berdasarkan kepercayaan yang berorientasikan pesakit, dan mengadakan kajian dan penyelidikan akademik dengan universiti-universiti elit di Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada. Di samping itu, hospital kami juga menggunakan teknologi perubatan yang terbaru untuk merawat pesakit, dan berjaya memperoleh pensijilan Akreditasi Antarabangsa JCI dari Amerika Syarikat. Hospital kami mempunyai beberapa pusat perubatan khusus yang besar, termasuk Pusat Kardiovaskular, Pusat Pencernaan, Pusat Terapi Ultrabunyi Saraf Otak, Pusat Terapi Isotop, Pusat Perubatan Pembiakan, Pusat Rawatan dengan Lengan Robot Da Vinci, Pusat Pengurangan Berat Badan, Pusat Terapi Oksigen Hiperbarik, Pusat LOHAS dan Pelepasan Tekanan, Pusat Perubatan Estetika dan Pusat Perubatan Pencegahan. Pusat Perubatan Antarabangsa membantu pesakit-pesakit luar negara mengunjungi Taiwan untuk menjalani rawatan perubatan, dan menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan seperti perancangan temu janji doktor, perundingan perubatan, perancangan rawatan, permohonan visa perubatan, pengangkutan dan penginapan semasa berada di Taiwan. Pada masa yang sama, hospital kami juga mengambil bahagian dalam acara-acara dalam dan luar negara secara aktif, dan mempromosikan perkhidmatan perubatan dan kepakaran yang canggih di hospital kami ke seluruh dunia.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama