Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital E-Da

Sistem Perubatan E-Da yang terletak di Kaohsiung, Taiwan Selatan terdiri daripada Hospital E-Da, Hospital Kanser E-Da dan Hospital Dachang E-Da, dan merupakan satu pilihan baru dalam sektor pelancongan perubatan, Pesakit-pesakit luar negara di hospital kami datang dari China, Hong Kong, Vietnam, Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Australia, Filipina, Jepun dan Kanada. Pesakit-pesakit luar negara di sini merujuk kepada penduduk-penduduk bukan Taiwan yang tidak layak untuk menyertai Insurans Kesihatan Kebangsaan Taiwan. Terdapat lima sebab utama pesakit-pesakit luar negara memilih Sistem Perubatan E-Da:

1. Penjagaan perubatan yang bermutu tinggi:

Pada tahun 2008, Hospital E-Da telah menjalani Akreditasi Hospital Antarabangsa Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (Joint Commission International, JCI) buat kali pertama, dan telah diiktiraf sebagai hospital pertama di Taiwan Selatan yang lulus akreditasi tersebut. Pada tahun 2011 dan 2014, hospital kami turut lulus Akreditasi Hospital Antarabangsa JCI yang diadakan tiga tahun sekali, sekali gus membuktikan bahawa mutu hospital kami memenuhi piawai antarabangsa. Pada tahun 2017, Hospital E-Da menjadi hospital pertama di Taiwan yang lulus Pensijilan Program Penjagaan Klinikal Penyakit Buah Pinggang Terminal JCI-CCPC.

2. Pasukan perubatan yang profesional:

Pasukan-pasukan perubatan dalam Sistem Perubatan E-Da menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang, justeru menjadi salah sebuah pusat latihan pembedahan invasif minimal di kawasan Asia. Misalnya, sebagai hospital yang terkenal di seluruh dunia kerana pembinaan plaksus brakium, pembedahan invasif minimal “neurogenesis” dan “pemindahan neurootot” yang dijalankan oleh Jabatan Ortopedik di hospital kami membolehkan pesakit memulihkan fungsi bahagian atas anggota badan dalam tempoh masa yang paling pendek. Satu lagi contoh adalah pembedahan pembinaan semula flap bebas yang dijalankan oleh Jabatan Pembedahan Plastik di hospital kami. Pembedahan ini menggunakan konsep perforator flap bersama dengan pendekatan pembedahan invasif minimal untuk mengurangkan komplikasi di kawasan penerima. Pembedahan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan terdapat banyak artikel jurnal yang diterbitkan di Jurnal Pembedahan Komestik Amerika (ASMBS). Disebabkan peratusan pesakit kanser kepala dan leher dengan kanser esofagus yang tinggi, Jabatan Ortopedik dan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak di hospital kami menjalankan endoskopi gastrousus atas ke atas pesakit-pesakit kanser kepala dan leher, dan dengan itu mengesan ramai pesakit dengan kanser esofagus peringkat awal. Kaedah ini telah dimasukkan ke dalam panduan diagnosis dan rawatan kanser kepala dan leher oleh Pentadbiran Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan. Di samping itu, Pusat Pengurangan Berat Badan dan Pembedahan Diabetes Antarabangsa di hospital kami telah menjalankan “pembedahan pintasan gastrik tanpa parut dengan laparoskopik” yang pertama di dunia pada tahun 2008. Pembedahan ini hanya akan membentuk satu luka di pusat. Artikel jurnal mengenai pembedahan ini telah disenaraikan dalam 10 artikel jurnal terbaik oleh Persatuan Pembedahan Metabolik dan Bariatrik pada tahun 2010.

3. Alatan perubatan yang canggih:

Sistem Perubatan E-Da telah membawa masuk banyak alatan perubatan yang canggih. Dengan menggunakan rawatan kanser sebagai contoh, hospital kami bukan sahaja mempunyai tomografi berkomputer 640 hiris (640-slice CT) yang tercanggih dan penimejan resonans magnet 3T (3T MRI) yang terbaru, tetapi juga memiliki PET/CT untuk diagnosis awal, dan pisau Gamma dan pisau Rapid Arc yang boleh mengeluarkan dos sinaran yang betul dalam terapi sinaran untuk tumor untuk mengelakkan kerosakan tisu-tisu biasa. Selain itu, hospital kami juga telah membeli Sistem Pembedahan da Vinci yang terbaru di dunia, dan sedang merancang penubuhan Pusat Terapi Proton untuk memanfaatkan pesakit-pesakit kanser.

4. Yuran perubatan yang berpatutan:

Sistem Perubatan E-Da menggunakan kaedah pengurusan hospital yang cekap dan mengurangkan kos perkhidmatan. Justeru, sistem kami boleh menawarkan yuran perubatan yang berpatutan dan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi sungguhpun melibatkan penggunaan alatan perubatan yang terbaik.

5. Perkhidmatan peribadi yang difikirkan dengan teliti:

Pusat Pesakit Antarabangsa di Hospital E-Da yang terdiri daripada kakitangan dengan latar belakang perubatan yang berkaitan memahami keperluan perubatan pesakit melalui komunikasi dengan pesakit, dan menawarkan perkhidmatan yang sesuai mengikut keperluan individu.

Videos

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama