Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi

Oleh kerana menyaksikan keadaan “penyakit menjadi penyebab kemiskinan dan kemiskinan bermula dari penyakit”, Hospital Besar Agama Buddla Tzu Chi dibina dengan susah payah dan akhirnya telah disiapkan pada bulan Ogos 1986. Berpandukan objektif “menawarkan perkhidmatan perubatan berorientasikan manusia dan menghormati nyawa”, Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi memikul tanggungjawab penting untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan perubatan penyakit akut dan teruk di kawasan Hualien dan Taitung. Pada tahun 1999, hospital kami telah lulus Akreditasi Pusat Perubatan Biro Kesihatan, dan menjadi pusat perubatan yang penting di Taiwan Timur.

Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi mempunyai lebih daripada 300 orang doktor pakar dan 800 orang kakitangan perubatan. Kepakaran hospital kami termasuk pemindahan organ, perubatan laser, pemeriksaan kesihatan berteknologi tinggi, rawatan kanser, pemindahan sel dasar, pembiakan buatan dan berbagai-bagai pembedahan invasif minimal. Jabatan-jabatan kepakaran perubatan di hospital kami telah berjaya memperoleh berbagai-bagai pensijilan dan perakuan, dan telah memenangi berbagai-bagai anugerah dedikasi perubatan sejak hospital kami ditubuhkan. Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi juga aktif dalam berbagai-bagai kajian dan penyelidikan perubatan, dan berjaya memperoleh paten-paten di dalam dan luar negara melalui projek-projek penyelidikan seperti sendi lutu buatan, rawatan strok, sel dasar dan pencegahan tumor malignan.

Sejak tahun 2001, Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi menerima pesakit-pesakit pindahan dari luar negara. Hospital kami juga menghantar pasuakan sukarelawan berpengalaman dan pertubuhan perubatan Tzu Chi antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan jangka panjang, sekali gus berkhidmat untuk pesakit-pesakit antarabangsa yang memerlukan bantuan perubatan. Pusat Perkhidmatan Perubatan Antarabangsa di hospital kami mempunyai penyelaras profesional yang bukan sahaja membantu anda merancang proses perubatan anda, tetapi juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang memudahkan pesakit-pesakit antarabangsa dan keluarga mereka (termasuk perancangan pelancongan) dan bantuan alatan telekomunikasi (termasuk telefon, faks dan sambungan Internet). Selagi anda mempunyai sebarang keperluan perubatan dan penjagaan kesihatan, hospital kami akan menawarkan teknologi perubatan yang paling canggih dan pasukan perubatan yang bermutu tinggi kepada anda.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama