Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Wan Fang

Hospital Wan Fang mempunyai 743 buah katil pesakit, kira-kira 350 orang doktor sepenuh masa dan kira-kira 2000 orang kakitangan lain. Oleh kerana hospital kami terletak di bawah Hospital Universiti Perubatan Taipei, ramai pelaith dari universiti ini menamatkan latihan mereka di Hospital Wan Fang.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Hospital Wan Fang yang terletak di tepi Stesen Hospital Wan Fang di Laluan Wenhu MRT Taipei adalah hospital pertama di Taiwan yang diusahakan oleh (diuruskan oleh/diamanahkan kepada) orang awam. Pada tahun 2006, Hospital Wan Fang lulus Akreditasi JCI buat kali pertama, dan merupakan pusat perubatan pertama yang memperoleh anugerah ini di Taiwan. Pada tahun 2015, Hospital Wan Fang telah lulus Akreditasi KCI sebanyak empat kali berturut-turut.

Hospital Wan Fang memiliki 43 buah jabatan perubatan yang dianggotai oleh doktor-doktor pakar. Kepakaran-kepakaran perubatan Hospital Wan Fang yang terkenal adalah neurosurgeri, kardiologi dan ortopedik, dan juga memiliki pusat-pusat perubatan khusus seperti Pusat Pemeriksaan Kesihatan, Pusat CyberKnife, Pusat Kanser, Pusat Pencegahan Kegemukan, Pusat Rawatan Kemandulan, Pusat Perubatan Estetika Laser dan Pusat Luka Bakar. Hospital kami juga telah menubuhkan Pusat Perubatan Antarabangsa untuk membantu para pelancong luar negara.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat ini termasuk laman web perkhidmatan perubatan antarabangsa, perancangan pelancongan dan penginapan, kemasukan hospital secara langsung, penyelarasan yuran perubatan, dan bantuan sebelum masuk ke hospital, semasa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama