Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Memorial Chung-Ho Universiti Perubatan Kaohsiung

Ditubuhkan pada tahun 1957, Hospital Memorial Chung-Ho Universiti Perubatan Kaohsiung adalah sebuah pusat hospital pengajaran yang terletak di Taiwan Selatan. Hospital kami memiliki 1708 buah katil pesakit, dan menawarkan alatan yang paling canggih dan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Kepakaran-kepakaran perubatan Hospital Memorial Chung-Ho Universiti Perubatan Kaohsiung termasuk pembedahan kardiovaskular, pembedahan plastik, ortopedik, ginekologi, neurosurgeri, onkologi, kemoterapi dan pembedahan tumor, promosi kesihatan dan pediatrik.

Pusat Perubatan Antarabangsa dan bilik-bilik wad utama (antarabangsa) yang telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 bertanggungjawab mengintegrasikan sumber-sumber dalaman dan luaran untuk menyediakan ruang perubatan yang mesra, ceria dan peribadi untuk pesakit-pesakit antarabangsa. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat ini termasuk perancangan pelancongan dan penginapan, penterjemahan bahasa, perancangan temu janji doktor, perkhidmatan pesakit luar dan bantuan sebelum masuk ke hospital, semasa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama