Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Ta-Tung Perbandaran Kaohsiung

Universiti Perubatan Kaohsiung ditugaskan oleh Kerajaan Bandar Kaohsiung untuk mengusahakan Hospital Ta-Tung. Ia adalah hospital bandar pertama di Taiwan yang dikendalikan secara swasta di bawah usaha ROT (Reconstruction, Operation and Transfer), dan merupakan hospital bergabung Universiti Perubatan Kaohsiung yang ketiga. Setahun selepas ia dibuka, ia lulus Akreditasi Hospital Sistem Baru yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, dan diberi kelayakan untuk menjadi hospital pengajaran. Sebagai hospital yang mencapai status hospital cemerlang dalam masa yang paling singkat di seluruh Taiwan dan menjadi contoh kerjasama antara sektor kerajaan dan sektor swasta, Hospital Ta-Tung memenangi Anugerah Kumpulan NGO Cemerlang dan Anugerah Kebajikan Awam dalam Acara Anugerah Penglibatan Sektor Swasta dalam Pembinaan Awam ke-9 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pembinaan Awam di bawah Eksekutif Yuan pada tahun 2011 demi menggalakan penglibatan sektor swasta dalam pembinaan awam.

Kini, terdapat 25 buah unit perubatan klinikal yang terdiri daripada 820 orang kakitangan and lebih daripada 90 orang doktor bertugas, serta 395 buah katil di Hospital Ta-Tung. Hospital ini berupaya menyediakan penjagaan perubatan yang bermutu untuk menangani penyakit-penyakit akut dan teruk, dan juga memiliki pasukan perubatan yang mengendalikan infarksi miokardium akut, strok dan trauma dan sumber perubatan bagi berbagai-bagai rawatan kecemasan. Di samping itu, Hospital Ta-Tung juga telah menubuhkan pusat-pusat pembangunan perubatan khusus seperti pusat perubatan payu dara, pusat pembinaan semula sendi, pusat kesihatan dan perubatan wanita, pusat hemodialisis, pusat onkologi radiasi, pusat kanser, pusat pengurusan kesihatan, pusat perubatan bersepadu gangguan fizikal dan mental, pusat perubatan urologi, pusat perubatan estetika, pusat perubatan antarabangsa dan pusat perubatan kelanjutan usia.

Pusat perubatan antarabangsa di Hospital Ta-Tung ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015. Buat masa ini, pusat ini mengkhusus dalam pembangunan terapi sinaran intrabedah (Intraoperative Radiation Therapy, IORT) bagi kanser payu dara, pembedahan laparoskopik lubang tunggal bagi sistem urinari, serta pemeriksaan awal dan rawatan penyakit Alzheimer untuk pesakit-pesakit antarabangsa. Selain itu, pusat in juga menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan peringkat tinggi dan perubatan estetika. Para pesakit antarabangsa boleh merancang untuk menjalani perkhidmatan pesakit luar dan kemasukan hospital, memohon visa perubatan dan berbagai-bagai bantuan kehidupan melalui pusat ini.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama