Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Hsiao-Kang Perbandaran Kaohsiung

Universiti Perubatan Kaohsiung telah ditubuhkan selama 60 tahun, dan banyak menyumbang kepada perkembangan pendidikan perubatan di Taiwan Selatan melebihi setengah abad. Meskipun universiti kami tiada kaitan dengan komuniti keagamaan dan tiada sokongan kewangan daripada mana-mana pertubuhan, universiti kami berjaya melahirkan 40,000 bakat dalam bidang perubatan atas sokongan dan pemantauan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan usaha gigih semua fakulti dan kakitangan universiti, dan bakat-bakat ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam berbagai-bagai kepakaran, sekali gus menyumbang kepada masyarakat. Universiti Perubatan Kaohsiung memikul empat misi yang utama, termasuk “pendidikan, penyelidikan, perubatan dan perkhidmatan”. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, universiti kami telah memperkaya fakulti dan alatan kami. Universiti kami bukan sahaja menggalakkan kajian dan penyelidikan, tetapi juga menyaksikan peningkatan yang signifikan dari segi mutu perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar dan pesakit, sekali gus menjadi institusi pendidikan perubatan dan institusi perubatan yang utama di Taiwan Selatan. Hospital Hsiao-Kang menjadi hospital awam pertama di Kaohsiung yang diasaskan oleh orang awam, diberi lesen perniagaan untuk beroperasi pada 12hb Oktober 1998, dan seterusnya dirasmikan pada 16hb November 1998.

Pada bulan Mei 1999, hospital kami telah lulus Akreditasi Hospital Pengajaran Serantau, dan telah memperoleh status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital Sistem Baru sejak tahun 2006. Sejak bertahun-tahun, hospital kami telah dinilai sebagai hospital cemerlang dalam Penilaian Pemantauan Pengurusan Khidmat Luaran yang dijalankan oleh Biro Kesihatan Bandar Kaohsiung, sekali gus memperoleh pengiktirafan dari setiap lapisan masyarakat dan penduduk-penduduk di Bandar Kaohsiung. Setelah beroperasi selama 9 tahun setengah, hospital kami berjaya meneruskan kontrak operasi fasa kedua yang diluluskan oleh Kerajaan Bandar Kaohsiung pada bulan Jun 2007 berdasarkan kontrak dan keputusan penilaian pemantauan tahun-tahun lepas, dan kontrak ini adalah sah sehingga 31hb Disember 2017.

Hospital kami terletak di tempat tumpuan pengangkutan darat, laut dan udara dan industri berat di Taiwan Selatan, dan menjadi salah satu pilihan pembekal perkhidmatan perubatan yang mudah diakses dan bermutu tinggi di kawasan Taiwan Selatan yang kekurangan sumber perubatan, seperti Siaogang, Wujia, Cianjhen, Cijin, Daliao dan Linyuan, justeru mengimbangi jurang sumber perubatan di utara dan selatan Kaohsiung dan berfungsi sebagai institusi perubatan penyakit akut dan teruk yang penting di selatan Kaohsiung. Pada masa depan, hospital kami akan terus berkhidmat untuk masyarakat setempat dan membangunkan penjagaan perubatan alam sekitar dan pekerjaan demi membentuk persekitaran yang sihat bagi penjagaan holistik yang bermutu tinggi. Hospital Hsiao-Kang telah menandatangani perjanjian sokongan dengan Lapangan Terbang Kaohsiung untuk membantu dalam pemindahan perubatan dan pencegahan epidemik.

Pada tahun 2016, hospital kami juga telah bertugas di Lapangan Terbang Kaohsiung untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan perubatan untuk para pelancong dan kakitangan, justeru menjadi penaung kesihatan di lapangan terbang dan mengawasi kesihatan pelancong dalam dan luar negara dan pencegahan epidemik. Disebabkan kedudukan istimewa Pusat Penerbangan Siaogang, hospital kami telah menubuhkan Pusat Perubatan Antarabangsa Hospital Hsiao-Kang pada tahun 2016.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama