Cukai dan Tip
Cukai barangan di Taiwan biasanya telah termasuk di dalam harga barangan, dan tidak ditambah secara berasingan. Selepas membeli-belah, kebanyakan kedai akan mengeluarkan invois seragam sebagai bukti pembayaran.
Kebanyakan hotel dan restoran di Taiwan akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10%, dan tiada lagi peraturan yang wajib. Namun, sekiranya anda sudi membayar tip kepada kakitangan perkhidmatan apabila anda menerima perkhidmatan yang baik, kami percaya bahawa kakitangan perkhidmatan akan berasa gembira.
Cuti-Cuti Umum Taiwan:
1 Januari |
Tahun Baru |
Tahun Baru Cina |
Malam Tahun Baru Cina, Hari Pertama, Hari Kedua dan Hari Ketiga |
28 Februari |
Hari Peringatan Perdamaian |
4 atau 5 April |
Hari Ching Ming |
Kalendar Cina 5 Mei |
Perayaan Perahu Naga |
Kalendar Cina 15 Ogos |
Perayaan Kuih Bulan |
Oktober 10 |
Hari Kemerdekaan |
Untuk makluman selanjutnya, sila layari laman web rasmi Direktorat Jeneral Pentadbiran Personel, Eksekutif Yuan.
Tahap Voltan
Tahap voltan bagi pencahayaan rumah am dan peralatan kecil adalah 110V atau 220V dengan frekuensi 60Hz. Sekiranya anda membawa alatan elektronik dari luar negara, anda perlu menyemak sama ada tahap voltan dan frekuensi alatan tersebut adalah berpadanan.
Perkhidmatan Telekomunikasi
Telefon awam di Taiwan terbahagi kepada jenis duit syiling dan jenis kad.
Bagi telefon awam jenis duit syiling, anda boleh menggunakan duit syiling NT$1, NT$5 atau NT$10 untuk membuat panggilan. Bagi telefon awam jenis kad, anda boleh menggunakan kad telefon awam optik atau kad telefon awam litar bersepadu untuk membuat panggilan. Kad tekefon awam optik dan kad telefon awam litar bersepadu dijual dalam amaun muka NT$100, NT$200 dan NT$300, dan boleh diperoleh di stesen-stesen keretapi atau kedai mudah beli.
Caj panggilan domestik melalui telefon awam dikira mengikut tempoh panggilan, dan NT$1 dikenakan bagi setiap unit caj panggilan. Untuk panggilan domestik, anda boleh membuat panggilan selama 1 minit dengan NT$1 (Lihat kadar-kadar panggilan telefon awam) .
Setiap panggilan terus antarabangsa dikira mengikut “caj telefon antarabangsa” yang dipersetujui terlebih dahulu antara Taiwan dan negara (atau rantau) lain. NT$5 dikenakan bagi setiap unit caj panggilan(Lihat kadar-kadar panggilan telefon awam).
Nombor telefon negara asing yang dipanggil oleh pelanggan dikenali sebagai Panggilan Terus Antarabangsa (International Direct Dialing, IDD). Panggilan luar negara juga boleh dibuat melalui pemindahan panggilan oleh operator antarabangsa tetapi cajnya adalah berbeza. Untuk panggilan IDD yang dibuat dengan telefon tempatan atau telefon bimbit, satu unit caj adalah 6 saat. Bagi pemindahan panggilan, satu unit caj adalah 1 minit selepas tiga minit yang pertama.
Tempoh masa pengurangan harga bagi panggilan terus antarabangsa (International Direct Dialing, IDD) adalah seperti berikut: Pukul 11 malam hingga 8 pagi setiap hari; bermula dari pukul 12 tengah hari setiap Sabtu dan seluruh hari Ahad sehingga pukul 8 pagi setiap Isnin; serta seluruh hari cuti umum dan cuti fleksibel.
Anda tidak perlu menambah kod kawasan di depan nombor telefon semasa membuat panggilan dalam bandar. Apabila membuat panggilan ke bandar atau wilayah lain, anda perlu mendail kod kawasan terlebih dahulu (sila rujuk kepada arahan telefon awam) sebelum mendail nombor telefon.
Urutan panggilan semasa membuat panggilan dari Taiwan ke negara asing adalah seperti berikut:
- Kod awalan antarabangsa Taiwan 002 atau 009
- Nombor telefon negara yang dipanggil (Misalnya, 1 untuk Amerika Syarikat, dan 86 untuk China).
- Kod kawasan penerima panggilan (Nombor “0” dalam kod kawasan tidak perlu didail)
- Nombor telefon penerima panggilan.
Untuk pemindahan panggilan nombor antarabangsa (operator luar negara), sila dail nombor 100.
Untuk sebarang pertanyaan tentang masalah telekomunikasi, sila hubungi talian bebas tol: 0800-080100.
Untuk perkhidmatan panggilan antarabangsa berbayar Home Country Direct, nombor pendailan ke negara asing dari Taiwan adalah seperti berikut:
- Australia 00801-610-610, 00801-610-061
- Kanada 00801-120-012
- Jerman 00801-490-049
- Hong Kong 00801-852-111
- Itali 00801-390-039
- Jepun 00801-810-051、00801-810-033
- Korea Selatan 00801-820-820
- Malaysia 00801-600-060
- Filipina 00801-630-063, 00801-630-630
- Singapura 00801-656-565
- England 00801-440-044
- Amerika Syarikat (AT&T) 00801-102-880
- Amerika Syarikat (MCI) 00801-13-4567 (Bahasa Inggeris), 00801-13-9988 (Bahasa Cina)
*Kod pendailan negara sentiasa berubah. Sila hubungi talian bebas tol: 0800-080100*
Langkah Berjaga-jaga Mengenai Pendakian Gunung di Taiwan oleh Warga Asing
Sesiapa yang memasuki kawasan pergunungan larangan tetap mesti memohon permit memasuki kawasan pergunungan, Permit tersebut boleh dipohon tanpa caj di balai polis dan cawangan polis di kawasan larangan dengan menggunakan dokumen pengenalan. Persatuan Alpine Republik China boleh menyediakan seorang pemandu berbahasa Inggeris untuk perjalanan pendakian gunung yang melibatkan kumpulan yang terdiri daripada 4 orang atau lebih.
Warga asing yang memohon untuk memasuki kawasan pergunungan larangan tetap perlu mengisi borang permohonan permit memasuki kawasan pergunungan untuk warga asing, dan menghantar borang ini bersama dengan pasport atau sijil pemastautin asing atau dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten di Taiwan dan dokumen sokongan untuk memasuki kawasan pergunungan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten ke Agensi Polis Kebangsaan, atau balai polis atau cawangan polis di wilayah (bandar) berkenaan atau pasukan polis taman negara untuk memohon permit memasuki kawasan pergunungan. Untuk makluman selanjutnya, sila hubungi: 2357-7377.
*Agensi Polis Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
Waktu Operasi Biasa
Agensi Kerajaan |
Isnin hingga Jumaat
08:30-12:30 dan 13:30-17:30 |
Syarikat dan Firma |
Isnin hingga Jumaat
09:00-18:00 |
Pusat Membeli-Belah |
Sepanjang tahun
11:00-21:30 |
Kedai Biasa |
Sepanjang tahun, kecuali Perayaan Tahun Baru Cina
10:00/11:00-21:00/22:00 |
Kedai Mudah Beli |
24 jam sepanjang tahun
(07:00-23:00 untuk sesetengah kedai) |
Restoran |
Kebanyakannya buka sepanjang tahun
Makan tengah hari 11:00-14:00 Makan malam 17:00-22:00 |
Prosedur Bayaran Balik Cukai Nilai Tambahan (VAT):
- Kemukakan borang permohonan bayaran balik cukai nilai tambahan (VAT), pasport, barangan dalam skop bayaran balik cukai dan salinan asal invois seragam untuk pemeriksaan pegawai kastam.
- Selepas pemeriksaan pegawai kastam, “Sijil Penilaian Bayaran Balik VAT untuk Barangan yang Dibeli Oleh Pelancong Asing” akan dikeluarkan.
- Bawa “Sijil Penilaian Bayaran Balik VAT Untuk Barangan Yang Dibeli Oleh Pelancong Asing” yang dikeluarkan oleh pihak kastam untuk membuat permohonan bayaran balik VAT di bank yang ditetapkan di lapangan terbang atau pelabuhan.
Cek Kembara
Kebanyakan kedai di Taiwan tidak menerima cek kembara. Sesiapa yang memegang cek kembara perlu menukarkannya menjadi dolar Taiwan baru di bank.
Notis tentang Bayaran Balik VAT untuk Barangan yang Dibeli oleh Pelancong Asing
Syarat-syarat permohonan bayaran balik VAT untuk barangan yang dibeli:
- Sesiapa yang memegang “pasport bukan Republik China, pasport Republik China tanpa pendaftaran isi rumah, dan permit masuk dan keluar”.
- Sesiapa yang mengunjungi kedai di Taiwan yang diizinkan oleh pihak berkuasa untuk mempamerkan tanda bayaran balik VAT (Tax Refund Shopping, TRS) untuk barangan yang ditetapkan, membeli barangan boleh bayar balik VAT sebanyak NT$3000 atau ke atas di kedai yang sama, dan membawa keluar barangan tersebut keluar dari Taiwan dalam tempoh masa 30 hari.
Lokasi Permohonan Bayaran Balik VAT: “Kaunter Kastam dan Perkhidmatan Bayaran Balik VAT untuk Pelancong Asing” yang disediakan di lapangan terbang atau pelabuhan
Tempat |
Posisi |
Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei |
Kaunter Perkhidmatan Bayaran Balik VAT |
Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan |
Kaunter Perkhidmatan Kastam di Tingkat 1 - Balai Pelepasan |
Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan |
Kaunter Perkhidmatan Kastam di Tingkat 3 - Balai Pelepasan |
Lapangan Terbang Taichung |
Kaunter Perkhidmatan Kastam |
Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung |
Pusat Perkhidmatan Kastam untuk Pelancong di Tingkat 3 |
Lapangan Terbang Hualien |
Pusat Perkhidmatan Pelancong di Tingkat 1 |
Pelabuhan Keelung, Syarikat Taiwan International Ports Corporation, Ltd. |
Pelabuhan Timur No. 2 dan Pelabuhan Barat No. 2 |
Pelabuhan Taichung, Syarikat Taiwan International Ports Corporation, Ltd |
Kaunter Perkhidmatan Kastam di Pusat Perkhidmatan Pelancong |
Pelabuhan Kaohsiung, Syarikat Taiwan International Ports Corporation, Ltd. |
Tingkat 3 Pusat Perkhidmatan Pelabuhan dan Kapal Persiaran Kaohsiung |
Pelabuhan Hualien, Syarikat Taiwan International Ports Corporation, Ltd. |
Tingkat 1 Pusat Perkhidmatan Pelancong |
Pelabuhan Komersil Shuitou Kinmen |
Kaunter Perkhidmatan Bayaran Balik VAT |
Prosedur Bayaran Balik Cukai Nilai Tambahan (VAT):
- Kemukakan borang permohonan bayaran balik cukai nilai tambahan (VAT), pasport, barangan dalam skop bayaran balik cukai dan salinan asal invois seragam untuk pemeriksaan pegawai kastam.
- Selepas pemeriksaan pegawai kastam, “Sijil Penilaian Bayaran Balik VAT untuk Barangan yang Dibeli Oleh Pelancong Asing” akan dikeluarkan.
- Bawa “Sijil Penilaian Bayaran Balik VAT Untuk Barangan Yang Dibeli Oleh Pelancong Asing” yang dikeluarkan oleh pihak kastam untuk membuat permohonan bayaran balik VAT di bank yang ditetapkan di lapangan terbang atau pelabuhan
Bahagian Bayaran Balik VAT Untuk Barangan Yang Dibeli Oleh Pelancong Asing
Pentadbiran Kastam, Kementerian Kewangan - Maklumat tentang Bayaran Balik VAT untuk Barangan Yang Dibeli Oleh Pelancong Asing