Doktor-doktor dalam bidang perubatan estetika dan pembedahan plastik di Taiwan mempunyai tempat di dalam bidang perubatan estetika dunia. Sebelum ini, doktor-doktor pakar pembedahan plastik di Taiwan telah mencipta dan memperbaik berbagai-bagai teknik pembedahan teras, dan bidang pembedahan plastik di Taiwan juga telah melahirkan doktor-doktor pakar pembedahan plastik di seluruh dunia, Misalnya, satu daripada empat orang doktor pakar pembedahan plastik di Korea Selatan pernah menerima latihan di Taiwan.
Taiwan memiliki pusat perubatan estetika yang terdiri daripada alatan yang paling lengkap dan tercanggih, dan menawarkan berbagai-bagai pembedahan perubatan estetika, termasuk pembesaran payu dara, penyedutan lemak, pembedahan kelopak mata dua lipatan dan pemotongan tulang. Para pelanggan boleh menikmati perkhidmatan kecantikan bertahap tinggi, perkhidmatan dan rawatan perubatan yang bermutu tinggi di sebuah persekitaran yang senyap dan berfokus di Taiwan, sekali gus memberi lebih banyak kenangan dalam perjalanan pelancongan perubatan.