Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Memorial MacKay

 

Hospital Memorial MacKay ditubuhkan pada tahun 1880 untuk mengingati Doktor George Leslie MacKay, dan merupakan pusat perubatan yang paling tua di Taiwan. Terdiri daripada empat buah kawasan hospital di Taipei, Tamsui, Hsinchu dan Taitung, Hospital kami mempunyai kira-kira 8,800 orang kakitangan dan 3,500 buah katil pesakit. Pada tahun 2016, Hospital kami melayani kira-kira 372,000 orang pesakit setiap bulan, dan juga 28,200 pesakit yang menjalani rawatan kecemasan secara purata setiap bulan. Pada tahun yang sama, terdapat juga 8,300 orang yang dimasukkan ke hospital kami secara purata setiap bulan.


Hospital kami telah diberi status sebagai pusat perubatan premium oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, dan memiliki berbagai-bagai jabatan perubatan dan alatan perubatan yang canggih. Untuk menawarkan perkhidmatan perubatan yang bersepadu, hospital kami juga menubuhkan pasukan perubatan rentas disiplin untuk menyediakan penjagaan yang paling menyeluruh untuk para pesakit, sekali gus mencapai tahap perkhidmatan perubatan dunia.


Hospital kami mudah diakses melalui sistem pengangkutan kerana terletak di pusat Bandar Taipei, berada berdekatan dengan tempat tarikan pelancong di Taipei, seperti Muzium Seni Halus Taipei, Muzium Istana dan Taipei 101. Terdapat juga banyak hotel lima bintang yang terkenal di sekitar hospital kami. Selepas menjalani rawatan atau pemeriksaan, pelanggan boleh berkunjung ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti Dermaga Nelayan Tamsui, Air Mata Panas Jinshan dan Yehliu. Di samping itu, hospital kami juga mempunyai cawangan di Hsinchu dan Taitung, dan dengan itu membentuk sebuah rangkaian pelancongan perubatan di Taiwan. Tak kira sama ada berkunjung ke Taman Sains Hsinchu untuk tujuan bekerja atau melancong di Hualien dan Taitung, anda boleh menerima penjagaan perubatan dalam rangkaian kesihatan Hospital Memorial MacKay.


Perkhidmatan-perkhidmatan utama di hospital di kami termasuk perubatan pembiakan, pembedahan jantung, tumor kanak-kanak, penggantian sendi dan pemeriksaan kesihatan.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama