Taiwan memiiki teknologi dan alatan perubatan yang tercanggih. Ramai institusi perubatan di Taiwan telah mengimport sistem pembedahan Da Vinci generasi keempat yang terbaru di seluruh dunia. Kini, terdapat kira-kira 3,000 buah robot Da Vinci di hospital-hospital di seluruh dunia. Taiwan yang mempunyai 35 buah robot tersebut bukan sahaja memiliki teknologi yang terbaru, tetapi juga berada di tempat nombor satu mengenai kepadatan alatan perubatan peringkat tinggi di Asia.
Pembedahan Da Vinci boleh meningkatkan kadar kejayaan pembedahan pada pesakit dan memperbaik keadaan pemulihan selepas pembedahan. Mengikut statistik, Taiwan telah mengendalikan sejumlah 27,878 kes pembedahan dibantu robot Da Vinci sehingga tahun 2017, iaitu melebihi 60% daripada jumlah pembedahan. Jabatan-jabatan kepakaran yang utama di Taiwan termasuk urologi, obstetrik dan ginekologi, pembedahan umum dan pembedahan kolorektum, dan prestasi rawatan dan pembedahan di Taiwan memenuhi piawai antarabangsa. Penggunaan sistem pembedahan Da Vinci bukan sahaja boleh mengurangkan kehilangan darah di kalangan pesakit secara berkesan, mengecilkan luka dan mengurangkan rasa sakit, mengurangkan bilangan hari untuk tinggal di hospital, merendahkan risiko jangkitan selepas pembedahan dan mempercepat pemulihan selepas pembedahan, tetapi juga mencapai kesan prognosis yang sama atau lebih baik, sekali gus memperoleh pengiktirafan dan memenangi kepercayaan orang luar negara.