Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Kardinal Tien

Sejak bertapak di kawasan Xindian, Wenshan dan Shuanghe, hospital kami berkembang dan menuju ke hadapan dengan stabil. Hospital utama kami ditubuhkan di Xindian pada tahun 1968, manakala cawangan Yung Ho ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menkaga kesihatan para penduduk di sekitarnya. Pada tahun 2014, cawangan Anhui mula beroperasi untuk membantu para penduduk di kawasan Ankeng yang kekurangan sumber perubatan, sekali gus meningkatkan perkhidmatan perubatan di kawasan tersebut.

Berdasarkan empat konsep, iaitu “holistik, sepenuh masa, seluruh keluarga dan semua pasukan”, hospital kami cuba sedaya upaya untuk menjaga pesakit-pesakit dari segi fizikal, mental dan rohani demi menawarkan penjagaan perubatan yang lengkap. Hospital kami bukan sahaja berorientasikan pesakit, tetapi juga menjaga ahli keluarga pesakit dengan mendengar dan menemani mereka, sekali gus menawarkan penjagaan yang bersepadu. Dari penjagaan kesihatan pencegahan, penyakit-penyakit kronik dan akut, penjagaan perubatan jangka panjang ke penjagaan hospis, hospital kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh. Sehingga hari ini, hospital kami masih berpegang teguh kepada objektif asal kami, iaitu memenuhi tanggungjawab kami, tidak mementingkan diri sendiri dan menunjukkan semangat kami. Dengan amalan perubatan yang dipraktikkan setiap hari dan menjalankan usaha menyebarkan Gospel, hospital kami mengukuhkan lagi usaha untuk menyebarkan cinta Tuhan melalui perkhidmatan perubatan.

Psalms Bab ke-126: “Sesiapa yang menyemai benih akan senyum dan menikmati hasilnya”. Dengan perasaan ini, kami mengharungi semuanya yang telah berlalu dan mengalu-alukan kedatangan masa depan. Hospital kami telah meninggalkan berpuluh-puluh kenangan, mengumpulkan banyak pencapaian dan keceriaan, dan berkongsi dengan orang ramai.

影片分享

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama