Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Kaohsiung Chang Gung Memorial Hospital

Ditubuhkan pada 1hb Januari 1986, Hospital Memorial Chang Gung Kaohsiung kini mempunyai 2,754 buah katil pesakit dan kira-kira 4,900 orang kakitangan. Setiap hari, hospital kami melayan kira-kira 6,700 orang yang menjalani perkhidmtan pesakit luar, dan kira-kira 360 orang yang menerima rawatan kecemasan. Sebagai salah sebuah institusi di bawah Yayasan Perubatan Chang Gun dan juga pusat perubatan cemerlang mengikut penilaian Biro Kesihatan, hospital kami mempunyai 73 buah jabatan pakar dan subpakar, dan dengan itu memikul tanggungjawab dalam perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan perubatan. Hospital kami melaksanakan perubatan yang berpusatkan pesakit, menekankan integrasi rentas disiplin dan membina persekitaran yang diperibadikan dan selamat demi menjaga hak dan kepentingan para pesakit. Hospital kami meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan yang bermutu tinggi melalui konsensus dan pengurusan serta teknologi perubatan yang inovatif. Kepakaran hospital kami termasuk pemindahan hati, rawatan intervensi infarksi miokardium, pembinaan semula kanser kepala dan leher, pembedahan paratiroid, radioterapi tersuai, pembiakan buatan, terapi gelombang kejut ekstrakorporeum dan penjanaan semula tisu. Selain itu, hospital kami juga boleh menawarkan perkhidmatan perubatan mengikut keperluan pesakit antarabangsa dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan perubatan estetika yang bermutu tinggi.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama