Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Veteran Taichung

Ditubuhkan pada tahun 1982, Hospital Besar Veteran Taichung terletak di kawasan tengah Taiwan, dan diberi status “Cemerlang” dalam Akreditasi Hospital dan status “Lulus” dalam Akreditasi Hospital Pengajaran pada tahun 2011. Selain itu, hospital kami diberi gred A dalam Penilaian Mutu Rawatan Kanser, dan merupakan salah sebuah hospital yang terbaik dalam rawatan kecemasan dari segi penyelamatan kecemasan semasa bencana. Dengan mendukung nilai-nilai teras termasuk “kasih sayang, integriti, tanggungjawab, mtu, kerjasama berpasukan dan inovasi” dan konsep perkhidmatan yang “berpusatkan pesakit”, hospital kami membangunkan “penjagaan perubatan penyakit yang bersepadu” dan melaksanakan tanggungjawab sosial perubatan demi memanfaatkan orang ramai. Pusat Pemeriksaan Kesihatan di hospital kami boleh menambah berbagai-bagai aspek pemeriksaan secara fleksibel mengikut keperluan pelanggan, seperti endoskopi tanpa rasa ssakit, tomografi berkomputer pelbagai hiris dan pengimejan resonans magnet (MRI) seluruh badan. Pusat Pemeriksaan Kesihatan boleh membantu jabatan-jabatan di hospital kami menawarkan pendaftaran perkhidmatan pesakit luar dan pemindahan jabatan. Kawasan pemeriksaan kesihatan adalah terpisah daripada kawasan rawatan penyakit, dan menyediakan kawasan pemeriksaan tersendiri yang luas, terang dan bersih, agar pelanggan yang menjalani pemeriksaan keihatan boleh menyelesaikan prosedur pemeriksaan kesihatan dengan selesa dalam suasana yang menyenangkan dan berseni. Di samping itu, pengurus-pengurus kesihatan akan berhubung dengan subjek dalam tempoh masa yang tetap untuk mengingatkan subjek tentang tempoh pengesanan, agar tetamu tidak lupa tentang pengesanan kesihatan atau rawatan penyakit. Hospital kami menyediakan ruang yang terang dan luas demi mewujudkan ruang perkhidmatan yang selesa dan elegan bagi perubatan estetika, dan menggunakan alatan perubatan estetika laser yang berteknologi tinggi dari Eropah dan Amerika Syarikat dengan mengimport alatan seperti Laser Nd-YAG, Laser Delima, Laser Alexandrite, Laser Karbon Dioksida dan Rawatan Laser Denyut Beramatan (IPL). Hospital kami juga menubuhkan Pusat Perubatan Estetika yang bersepadu dan menyeluruh untuk membentuk kulit yang cantik mengikut keperluan pelanggan. Perkhidmatan-perkhidmatan perubatan estetika yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pembedahan plastik mikro dengan asid hialuronik,

2. pembuangan kerut dengan Botox (kerut dahi, garis kerut dan kerut kaki gagak),

3. ritidektomi

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama