Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Shin Kong Wu Ho-Su

Ditubuhkan pada tahun 1992, Hospital Besar Shin Kong Wu Ho-Su (atau Hospital Shin Kong) memiliki 35 buah jabatan perubatan dan 921 buah katil pesakit. Hospital Shin Kong mempunyai kemudahan perubatan yang canggih dan sekumpulan doktor pakar yang terlatih untuk menawarkan perkhidmatan diagnosis dan rawatan yang bermutu tinggi kepada para pesakit. Hospital Shin Kong telah dinaik taraf sebagai sebuah pusat perubatan selepas lulus Akreditasi Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT).

Berdasarkan pengesanan awal dalam perubatan pencegahan, Jabatan Pengurusan Kesihatan di Hospital Shin Kong yang ditubuhkan pada tahun 2004 menggunakan alatan perubatan canggih bersama dengan pasukan doktor yang profesional dan menyeluruh dan pemisahan antara proses perubatan dan proses pemeriksaan untuk menawarkan pemeriksaan kesihatan tiga-dalam-satu yang bermutu tinggi kepada orang ramai yang berumur 30 tahun dan ke atas. Mengenai tiga sebab utama kematian orang Cina, iaitu kanser, strok dan penyakit jantung, Hospital Shin Kong merancang pemeriksaan kesihatan bermutu tinggi bagi berbagai-bagai aspek, dan menggunakan tomografi berkomputer positron mPET/CT, pengimejan resonans magnet 3T MRI, tomografi berkomputer 256 iCT dan alatan persis untuk menjalankan pemeriksaan, membantu tetamu yang sihat dalam mengesan perubahan kesihatan badan sebelum dijangkiti penyakit, dan menawarkan perkhidmatan perundingan yang jelas kepada tetamu selepas pemeriksaan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Jabatan Pengurusan Kesihatan di Hospital Shin Kong menyertai secara aktif dalam “Program Pengantarabangsaan Perkhidmatan Perubatan” yang dianjurkan oleh Biro Kesihatan, dan menuju ke kawasan-kawasan utama orang Cina seperti Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau berkali-berkali untuk mempromosikan perkhidmatannya dan mengembangkan perkhidmatan perubatan pencegahannya ke Hong Kong, semua syarikat Taiwan di seluruh dunia dan para pelancong dari Tanah Besar China. Buat masa ini, ramai penduduk dari Hong Kong, Macau dan Tanah Besar China telah berkunjung ke Taiwan untuk menjalani pelancongan perubatan dan mengalami perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang bertaraf dunia di Hospital Shin Kong.

Usaha gigih Jabatan Pengurusan Kesihatan di Hospital Shin Kong telah membina reputasi Taiwan dalam bidang perubatan pencegahan dan pemeriksaan kesihatan di peringkat antarabangsa, sekali gus membolehkan warga dari seluruh dunia bukan sahaja boleh menikmati keindahan Taiwan dari segi geografi dan kemanusiaan, tetapi juga mengalami perkhidmatan pemeriksaan perubatan yang bermutu tinggi di Taiwan semasa mengunjungi Taiwan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama