Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Kristian Changhua

Hospital Kristian Changhua yang bertempat di Taiwan Tengah adalah pusat perubatan yang paling tua di Taiwan. Berasal daripada Doktor David Landsborough dan Reverend Campbell Moody, hospital kami beroperasi sebagai sebuah klinik di gereja kecil pada tahun 1896, dan justeru memulakan misi perubatan kami. Seabad kemudian, Hospital Kristian Changhua berkhidmat secara aktif dan berusaha gigih, dan dengan itu memperoleh berbagai-bagai penghormatan. Hospital Kristian Changhua mengejar mutu perubatan yang baik dan prestasi perubatan yang cemerlang. Justeru, hospital kami telah menubuhkan jabatan mutu perubatan yang pertama di seluruh Taiwan, dan menunjukkan keputusan pembaikan mutu di persidangan-persidangan mutu perubatan kebangsaan dan antarabangsa. Hospital Kristian Changhua diperakui dalam berbagai-bagai akreditasi dan penilaian dalam dan luar negara untuk meningkatkan dan menyediakan mutu penjagaan penyakit yang menyeluruh untuk pesakit-pesakit.


Hospital Kristian Changhua dan hospital-hospital di bawah sistem kami terdiri daripada 8000 orang kakitangan dan 3500 buah katil pesakit, dan menghubungkan cawangan Jalan Zhonghua, sebuah hospital serantau (Hospital Kristian Yunlin), tiga buah hospital daerah (Cawangan Erlin, Hospital Kristian Lugang dan Hospital Kristian Yuanlin), tiga buah hospital kerjasama (Hospital Kristian Nantou, Hospital Yumin dan Hospital Han Ming), dan sebuah hospital kanak-kanak, sekali gus membentuk sebuah rangkaian perubatan yang lengkap.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan meliputi Changhua, Yunlin, Taichung dan Nantou, maka penduduk-penduduk yang berdekatan boleh menikmati perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hospital kami memperluas penjagaan perubatan ke luar negara, dan memberi bantuan dan sokongan kepada negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan di Afrika dan Amerika Tengah dan Selatan. Di samping itu, hospital kami juga bekerjasama dengan Syarikat Far East Horizon di China untuk menawarkan perkhidmatan operasi, pengurusan dan perundingan kepada institusi-institusi perubatan di Tanah Besar China. Dalam tempoh masa seratus tahun, hospital kami berpegang teguh kepada semangat Nabi Isa sebagai penyelamat dunia dan cinta Nabi Isa kepada semua manusia dan menggunakan sistem perubatan yang lengkap untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi dan selamat. Dengan mendukung semangat berorientasikan pesakit, hospital kami menawarkan teknologi perubatan profesional yang bertaraf antarabangsa demi merangka tindak program kebahagiaan untuk kesihatan manusia.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama