Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Universiti Perubatan Taipei

    • building
    • Taipei Medical University Hospital
    • Hemophilia - talks
    • Cardiac catheter
    • Advanced medical imagining center
    • Health management center
    • Seeing a doctor
    • Alamat:No. 252, Jalan Wu-Hsin, Bandar Taipei, Taiwan (Republik China)
    • E-mel:ihc@h.tmu.edu.tw
    • Laman web :Link
    • Ciri-Ciri Institusi:Yayasan
    • Jumlah Katil Pesakit:740
    • Joint Commission International (Option):Pass
    • Perakuan Mutu:ISO/Pensijilan Mutu Pemeriksaan Kesihatan Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT)/Pensijilan Mutu Penjagaan Penyakit Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT)
    • Penterjemahan Bahasa: Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun
    • Perkhidmatan Kehidupan:Ejen Permohonan Visa/Perancangan Pengangkutan/Perancangan Penginapan/Perancangan Pelancongan/Pengiring Perubatan/Perkhidmatan WiFi/Bilik Solat Orang Islam/Menyediakan Makanan Halal
    • Make an Appointment:Link

 

Ditubuhkan pada tahun 1976, Hospital Universiti Perubatan Taipei adalah hospital universiti yang pertama di Universiti Perubatan Taipei, dan ia telah menyediakan asas bagi perhubungan dua hala antara perkhidmatan klinikal dan penyelidikan klinikal dalam Sistem Perubatan Universiti Perubatan Taipei. Dengan berkembangnya perkhidmatan perubatan di hospital kami, hospital kami telah membina Bangunan Perubatan Kedua pada tahun 1994, dan telah menyiapkan Bangunan Perubatan Ketiga pada tahun 2007, sekali gus memperluas perkhidmatan perubatan yang menyeluruh. Pada tahun 2010, Pusat Kanser di hospital kami telah dikembangkan menjadi Bangunan Perubatan Kanser, dan dengan itu menandakan bermulanya era rawatan peribadi. Sehingga hari ini, jumlah katil pesakit di hospital ini telah meningkat ke 800 buah katil pesakit, manakala terdapat kira-kira 2000 orang kakitangan perubatan di hospital kami, dan dengan itu menjadikan hospital kami kemegahan Daerah Timur di Bandar Taipei dalam bidang perubatan.


Hospital Universiti Perubatan Taipei menyediakan 29 buah jabatan perubatan yang merangkumi pesakit luar, pembedahan, ginekologi dan pediatrik, dan juga 44 buah jabatan subpakar termasuk neurosurgeri, pembedahan rapi, pembedahan pencernaan dan pembedahan jantung. Di samping itu, hospital kami adalah komited untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan khusus dan mengintegrasikan jabatan-jabatan perubatan, dan dengan itu menubuhkan Pusat Perubatan Pembiakan, Pusat Pembedahan Da Vinci, Pusat Kardiovaskular, Pusat Perubatan Payu Dara, Pusat Perubatan Pengimejan, Pusat Pengurusan Berat Badan, Pusat Pembedahan Tulang Belakang Invasif Minimal, Pusat Pemeriksaan Gabungan, Pusat Perubatan Antarabangsa, Pusat Perubatan Estetika, Pusat Hemofilia dan Pusat Penyakit Ginjal dan Pemindahan Ginjal demi meningkatkan tahap perubatan kami dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi.


Selain daripada pengelasan kepakaran perubatan yang lengkap, Hospital Universiti Perubatan Taipei sentiasa berada di barisan hadapan dalam bidang perubatan dengan membeli alatan perubatan yang canggih seperti pisau lingkar tomografi 360 darjah, mesin latihan gaya jalan kaki robot automatik penuh dan lengan robot Da Vinci. Pada tahun 2014 dan 2015, hospital kami telah menggunakan pengimbas tomografi berkomputer dua sumber bersinaran rendah dan berkelajuan lampau, dan lengan robot Renaissance. Pada tahun 2016, hospital kami teah memperkenalkan pengimejan resonans magnet 3T peringkat tinggi, dan telah membeli lengan robot Da Vinci yang kedua, mesin sinaran X kateter jantung dua hala. Hospital kami juga dijangka akan membina Pusat Proton Halus untuk mengalu-alukan kedatangan era perubatan persis.


Hospital Universiti Perubatan Taipei sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan kami, dan memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara berkali-kali, termasuk lulus Akreditasi JCI Amerika Syarikat sebanyak tiga kali, dan lulus Pensijilan Penjagaan Klinikal Penyakit Ginjal Kronik JCI CCP-CKD, Hospital kami juga adalah hospital pertama yang berjaya memperoleh Pensijilan ISO9001:2008, dan juga hospital kedua di Taiwan yang lulus akreditasi yang dijalankan oleh Persatuan Akreditasi Program Perlindungan Penyelidikan Manusia (Association for the Accreditation of Human Research Protection Programs, AAHRPP). Di samping itu, hospital kami telah memenangi Anugerah Mutu Kebangsaan Ekeskutif Yuan, Anugerah Emas dan Perak bagi Mutu Perubatan dan lulus Akreditasi Mutu Perubatan Kanser Tahap A, dan dengan itu menunjukkan bahawa hospital kami mempraktikkan nilai teras yang “berpusatkan pesakit”.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama