Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Universiti Perubatan China

Ditubuhkan pada tahun 1980, Hospital Universiti Perubatan China adalah hospital pertama di Taiwan yang menggabungkan perubatan Barat dan perubatan tradisional Cina. Sejak tahun 2010, Hospital Universiti Perubatan China telah lulus Akreditasi JCI, dan memiliki 8 buah pusat perubatan gabungan khusus, termasuk Pusat Strok, Pusat Kanser, Pusat Rawatan Kecemasan Trauma, Pusat Kardiovaskular, Pusat Pemindahan Organ, Pusat Neuropsikiatri, Pusat Penyelidikan Ginjal dan Pusat Perubatan Pencegahan.

Hospital Universiti Perubatan China adalah komited terhadap mutu perubatan yang tinggi, penyelidikan klinikal dan pemodenan perubatan tradisional Cina, dan dengan itu telah melancarkan berbagai-bagai projek yang mengintegrasikan teori-teori perubatan tradisional Cina dan rehabilitasi melalui perubatan tradisional Cina. Misi Hospital Universiti Perubatan China disokong oleh berbagai-bagai pihak dari seluruh pelosok dunia, termasuk Universiti Carolina Selatan, Pusat Kanser Anderson MD dan Hospital Policlinico San Matteo yang telah membentuk pertukaran akademik dan perjanjian kerjasama dengan hospital kami. Setiap doktor di Hospital Universiti Perubatan China memperoleh kelulusan profesional dalam perubatan Barat, dan juga kelulusan pakar perubatan. Semua doktor di hospital kami telah menerima latihan klinikal dalam perubatan tradisional Cina dan perubatan Barat.

Hospital kami mempunyai kira-kira 1000 orang jururawat berdaftar yang bukan sahaja berupaya menawarkan perkhidmatan penjagaan klinikal yang asas, tetapi juga boleh menjalankan prosedur penjagaan yang halus dan kompleks di bilik wad rawatan rapi, bilik kecemasan dan pusat-pusat perubatan khusus. Pusat Perubatan Antarabangsa di Hospital Universiti Perubatan China boleh menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan, termasuk perancangan pelancongan, perancangan penginapan untuk pesakit-pesakit dan keluarga mereka, perancangan pengangkutan termasuk ambulans udara, penterjemahan dokumen perubatan ke Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Jeun, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Vietnam, perkhidmatan makanan dan nutrisi, telefon dan sambungan Internet, perancangan aktiviti membeli-belah dan melancong, perancangan keluar dari hospital, dan bantuan sebelum masuk ke hospital, semasa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Hospital Universiti Perubatan China terletak di Taichung yang merupakan bandar tersebar di Taiwan Tengah. Para pesakit boleh mengunjungi tempat-tempat tarikan yang berdekatan seperti Tasik Matahari Bulan dan Taman Negara Alishan. Ini memang manfaat tambahan untuk pesakit-pesakit antarabangsa yang menjalani rehabilitasi di Taiwan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama