Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan

Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan (Hospital NTU) ditubuhkan pada tahun 1895, dan terletak di bawah Universiti Kebangsaan Taiwan. Hospital NTU menyediakan semua jenis perkhidmatan perubatan doktor pakar dan subpakar. Hospital besar kami mempunyai 2300 buah katil pesakit dan terbahagi kepada lima buah cawangan di tempat lain. Hospital kami lulus Akreditasi JCI, dan merawat kira-kira 13000 orang pesakit antarabangsa setiap tahun.

Terdapat lebih daripada 1300 orang doktor sepenuh masa yang merupakan pengamal berdaftar dan telah menerima latihan peringkat tinggi di Eropah, Amerika Syarikat atau Jepun. Kebelakangan ini, Hospital NTU telah mencatatkan beberapa pencapaian klinikal yang cemerlang, termasuk kes pemindahan hati semasa hidup positif melalui ujian pindah silang yang pertama di Asia (2005) dan kes pertama mengenai pemindahan ginjal melalui pembedahan invasif minimal dengan lengan robot yang berjaya dijalankan di Asia (2012).

Hospital NTU memiliki teknologi perubatan yang setanding dengan hospital-hospital di negara-negara maju, dan berupaya menawarkan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi dan cekap kepada warga antarabangsa pada harga yang berpatutan. Teknologi rawatan kardiovaskular di Hospital NTU adalah yang terbaik di Taiwan. Hospital NTU mengendalikan sejumlah 3400 buah kes pengkateteran jantung setiap tahun, dan menjalankan lebih daripada 400 buah kes pemindahan kantung dengan kadar kejayaan sekurang-kurangnya 90%. Pusat Kardiovaskular di Hospital NTU dirasmikan pada bulan Mac 2012, dan berupaya menyediakan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh untuk pesakit. Hospital NTU memiliki pasukan perubatan pemindahan jantung, peparu, ginjal dan sumsum tulang.

Kadar ketakatan tiga tahun bagi pemindahan ginjal adalah 96% manakala kadar ketakatan tiga tahun bagi pemindahan hati adalah 82%. Pusat Pencegahan Hepatitis di Hospital NTU adalah unit perubatan dan penyelidikan yang terkemuka di seluruh dunia. Ia berupaya menawarkan perkhidmatan pemeriksaan berterusan, pengurusan penyakit dan pemantauan keputusan kepada para pesakit yang menghidapi hepatitis dan kanser hati kronik (Hepatocellular carcinoma, HCC). Hospital NTU memiliki ilmu profesional dan pengalaman yang luas dalam rawatan penyakit-penyakit yang biasa dijumpai di kalangan orang Cina. Pasukan onkologi mengkhusus dalam rawatan kanser hati (HCC), karsinoma paru bukan sel kecil (non-small-cell lung carcinoma, NSCLC), karsinoma nasofarinks (nasopharyngeal carcinoma, NPC) dan kanser gastrik lanjutan (advanced gastric cancer, AGC).

Hospital NTU telah menubuhkan Pusat Perubatan Antarabangsa pada tahun 2005 untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk para pesakit dari luar negara dan Tanah Besar China. Pusat ini menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan, termasuk membuat temu janji pesakit luar, memindahkan fail perubatan, mengkoordinasi yuran perubatan, memperkenalkan doktor dan menawarkan perkhidmatan perundingan, dan membantu merancang pelancongan, penginapan, permohonan visa perubatan, pengangkutan dan penterjemahan bahasa.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama