Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Adventist Taiwan

Ditubuhkan pada tahun 1955, Hospital Adventist Taiwan adalah salah satu daripada kira-kira 700 buah institusi perubatan yang diusahakan oleh Gereja Seventh-day Adventist di seluruh dunia. Hospital Adventist Taiwan adalah ahli Pusat Pengurusan Kesihatan Gereja Seventh-day Adventist di California Selatan.

Pada tahun 2007, Hospital Adventist Taiwan telah diberi status hospital pengajaran serantau dalam Akreditasi Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT), dan telah menerima pensijilan JCI pada tahun 2012. Hospital Adventist Taiwan memiliki berbagai-bagai kepakaran, dan mengkhusus dalam rawatan kemandulan, obstetrik dan ginekologi, ortopedik, pediatrik, rehabitilasi pediatrik, pemeriksaan kesihatan dan perubatan estetika.

Program “Newstart” yang dicipta oleh Hospital Adventist Taiwan berfungsi mencegah penyakit kronik melalui pembentukan tabiat kehidupan yang sihat. Pusat Sukan Newstart yang meliput kawasan seluas 100 meter persegi merupakan satu-satunya pusat rawatan menyeluruh di Taiwan yang menawarkan kursus gabungan nutrisi, diet dan senaman.

Pada tahun 2008, Hospital Adventist Taiwan telah menubuhkan Pusat Perubatan Antarabangsa, dan menyediakan perkhidmatan dalam berbagai-bagai bahasa dan perkhidmatan cekap berorientasikan pesakit, dan memastikan bahawa pesakit boleh memperoleh perkhidmatan perundingan doktor dan rawatan tepat pada masa. Hospital Adventist Taiwan merawat lebih daripada 10000 orang pesakit antarabangsa setiap tahun.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama