Laluan Penerbangan Antarabangsa
Taiwan kini memiliki tiga buah lapangan terbang antarabangsa, iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kaohsiung dan Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei, dan telah mengadakan
penerbangan terus ke semua negara utama di seluruh dunia. Maka, adalah
senang untuk berkunjung ke Taiwan melalui pengangkutan udara antarabangsa.
Selain itu, lapangan terbang domestik di Hualien, Magong, Kinmen, Taitung
dan Taichung juga memperoleh kebenaran daripada Eksekutif Yuan untuk
mengadakan perkhidmatan penerbangan carter antarabangsa. Untuk makluman
selanjutnya, sila layari laman web rasmi setiap lapangan terbang tersebut.
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan
|
|
Alamat: No. 9, Jalan Hangzhan Selatan, Perbandaran Dayuan, Wilayah
Taoyuan
No. Telefon:
(03)398-2144 (Terminal 1)
(03)398-3274 (Terminal 2)
(03)398-3728 (Pertanyaan Suara)
Laman web:
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan
|
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung (Lapangan Terbang Xiaogang)
|
Alamat: No. 2, Seksyen 4, Jalan Zhongshan, Bandar Kaohsiung
No. Telefon:
0800-090108 (Talian Bebas Tol)
(07)805-7630 (Talian Domestik)
(07)805-7631 (Talian Antarabangsa)
Laman web:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung (Lapangan Terbang
Xiaogang)
|
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei (Lapangan Terbang Songshan)
|
Alamat: No. 340-9, Jalan Dunhua Utara, Daerah Songshan, Bandar
Taipei
No. Telefon:
(02)8770-3430 (Talian Antarabangsa)
(02)8770-3460 (Talian Domestik)
(02)8770-3456 (Pertanyaan Suara)
Laman web: Lapangan Terbang Songshan
|
|
Lapangan Terbang Taichung (Lapangan Terbang Ching Chuan Kang)
|
Alamat: No. 168, Seksyen 1, Jalan Zhonghang, Daerah Shalu, Bandar
Taichung
No. Telefon: (04)2615-5000
Laman web:
Lapangan Terbang Ching Chuan Kang
|
Laluan Penerbangan Domestik
Laluan penerbangan domestik di Taiwan agak maju. Kekerapan penerbangan
antara bandar-bandar di Taiwan adalah tinggi, dan penerbangan domestik
telah menjadi agak popular seperti bas ekspres, terutamanya pada hari
rehat dan hari cuti. Justeru, pastikan anda menempah tiket penerbangan
terlebih dahulu. Pada masa yang sama, agensi-agensi pelancongan utama juga
menyediakan perkhidmatan menempah dan membeli tiket penerbangan untuk para
pelanggan.
Sebelum mendaftar masuk di lapangan terbang, sila pastikan bahawa anda
membawa dokumen pengenalan anda (penduduk tempatan perlu mengemukakan kad
pengenalan manakala warga asing perlu mengemukakan pasport) untuk
mendaftar masuk.