Pengangkutan awam di Taiwan telah berkembang ke arah keretapi berkelajuan tinggi yang mengurangkan jarak antara bandar-bandar, dan membolehkan perjalanan dari Taipei ke Kaohsiung dan sebaliknya berlaku dalam tempoh sehari. Terdapat 11 stesen THSR di Koridor Barat Taiwan, termasuk 8 stesen yang sedia ada, iaitu Taipei, Banciao, Taoyuan, Hsinchu, Taichung, Chiayi, Tainan dan Zuoying, dan 3 stesen baru yang sedang dirancang, iaitu Miaoli, Changhua dan Yunlin. Sementara itu, keretapi THSR bergerak bolak-balik di sepanjang Koridor Barat Taiwan dengan kelajuan setinggi 300 km/jam, sekali gus menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara bandar yang pantas untuk para pelancong. Mengenai THSR
Untuk membuat tempahan tiket melalui suara dengan telefon atau dalam talian, sila layari laman-laman web yang berikut:
Carian Jadual dan Harga Tiket Keretapi THSR
Sistem Penempahan Tiket THSR Dalam Talian
Talian Perkhidmatan Pelanggan: 4066-3000 (Miaoli: 4266-3000 Taitung dan Kinmen: 4666-3000 Matsu dan Telefon Bimbit: 02-4066-3000)
Talian Penempahan Tiket: 4066-0000 (Miaoli: 4266-3000 Taitung dan Kinmen: 4666-3000 Matsu dan Telefon Bimbit: 02-4066-3000)