Bergerak ke Kandungan Utama

Maklumat tentang Perkhidmatan Bas Ekspres

Perkhidmatan bas ekspres jarak jauh lazimnya ditawarkan oleh Syarikat Pengangkutan Motor Kuo-Kuang, Syarikat United Bus, Syarikat Free Go Bus, Syarikat Aloha Bus, Syarikat Pengangkutan Ho-Hsin Bus, dan merangkumi perjalanan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan lebuhraya-lebuhraya wilayah utama.

Frekuensi perkhidmatan bas ekspres antara bandar adalah tinggi, justeru perkhidmatan ini mudah digunakan dan diakses. Perkhidmatan bas ekspres 24 jam juga disediakan untuk sesetengah laluan bas ekspres. Di samping itu, tambang bas juga lebih murah daripada tambang penerbangan dan keretapi. Maka, perkhidmatan bas ekspres yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta juga menjadi salah sejenis kaedah pengangkutan awam yang paling kerap digunakan oleh penduduk-penduduk di Taiwan. Namun, jangan naiki bas ekspres “haram” demi melindungi keselamatan anda.

Menaiki bas ekspres moden bukan sahaja membolehkan anda menikmati pemandangan di sepanjang jalan dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan, tetapi juga memberi peluang kepada anda untuk memahami adat dan tradisi penduduk tempatan. Secara amnya, trafik adalah lebih lancar pada waktu tidak sibuk, maka anda tidak perlu membuat tempahan tiket terlebih dahulu. Namun, pada waktu cuti umum dan semasa berlakunya kesesakan lebuhraya, anda harus membuat perancangan awal atau mempertimbangkan kaedah pengangkutan yang lain demi menjimatkan masa.

Mengenai pengangkutan darat dari dan ke lapangan terbang, sesetengah syarikat bas eskpres menyediakan perkhidmatan bas pengantara antara Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dan bandar-bandar yang lain. Untuk maklumat tentang laluan-laluan yang berkenaan, sila rujuk kepada maklumat di bawah:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa - Pengangkutan Awam - Bas Ekspres
  2. Maklumat tentang Syarikat-Syarikat Bas Ekspres

Perkhidmatan pelancongan bas pengantara “Taiwan Trip” adalah perkhidmatan bas awam yang dirancang khas untuk tujuan pelancongan, dan menghantar para pelancong antara tempat-tempat tarikan pelancong yang utama di Taiwan dan stesen-stesen keretapi TRA dan THSR yang berdekatan dengannya. Bagi para pelancong yang menyertai rombongan pelancongan atau tidak ingin memandu jarak jauh, perkhidmatan pelancongan bas pengantara “Taiwan Trip” adalah kaedah yang baik untuk membuat perancangan perjalanan sendiri dan melancong dengan senang dan selesa. Ia juga menyahut trend pelancongan baru yang menyumbang kepada penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon.

Untuk maklumat tentang laluan-laluan tersebut, sila layari laman web rasmi Taiwan Trip

Dikemaskinikan pada: 2018-12-15

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama