Bergerak ke Kandungan Utama

Terima rawatan penyakit kronik di seberang laut

Hospital Wan Fang   更新日期:2014-09-30

Saya dilahirkan di Malaysia pada tahun 1987. Pada asalnya, saya seorang gadis yang comel. Namun, saya mula mengalami mimpi yang berlainan semasa saya berumur 12 tahun.

 
Pada suatu hari, saya pergi ke sekolah seperti biasa. Semasa bermain dengan rakan-rakan sekelas saya, saya terjatuh secara tidak sengaja. Saya fikir saya hanya tercalar lutut kanan saya, tetapi tapak saya mula membengkak beberapa hari kemudian. Justeru, saya pergi melawat klinik yang berdekatan dengan serta-merta. Pada mulanya, doktor menentukan bahawa keadaan bengkak ini mungkin disebabkan oleh jangkitan luka, maka doktor memberi ubat antiradang, Namun, ubat tersebut tidak mempunyai sebarang kesan ke atas saya. Sebaliknya, tapak kaki saya semakin membengkak. Justeru, doktor terus menasihati kami agar menjalani pemeriksaan badan yang menyeluruh di hospital besar. Selepas menjalani beberapa kali pemeriksaan, sesetengah doktor berkata bahawa saya dilahirkan dengan keadaan ini, dan tidak dapat menentukan penyebabnya.
 
Pada masa itu, saya adalah seorang murid Tahun 6. Walaupun saya mengalami tekanan yang besar semasa menghadapi peperiksaan UPSR, tetapi saya tidak dapat belajar di sekolah kerana saya terpaksa mencari kaedah untuk menyembuhkan penyakit saya di merata tempat. Namun, saya hanya boleh mementingkan kesihatan saya. Mujurnya keputusan peperiksaan saya masih baik. Pada masa itu, kaki saya mula membengkak. Sungguhpun pergerakan saya yang tidak lancar tidak menjejaskan kehidupan saya, tetapi saya masih terus mencari kaedah rawatan, dan saya berasa amat letih dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa saya mengalami paling banyak kesusahan kerana mereka berusaha gigih mencari kaedah rawatan di merata tempat dan menghantar saya melawat doktor. Selain itu, mereka juga terpaksa menggunakan banyak duit untuk berbuat demikian. Saya pernah menjalani perubatan Cina dan perubatan Barat, tetapi semuanya tidak berkesan.
 
Masa berlalu sedikit masa sedikit. Pada tahun 2007, seorang rakan terdengar bahawa sebuah hospital di China mungkin dapat menyembuhkan kaki saya, dan membantu saya membuat perancangan rawatan di sana. Ibu bapa saya membawa saya ke hospital tersebut, dan saya telah menjalani berbagai-bagai pemeriksaan. Namun, keputusan pemeriksaan hanya menyatakan bahawa saya menghidap penyakit limfedema, tetapi penyakit ini tidak dapat dirawat dan hanya boleh dipulihkan melalui termoterapi. Sungguhpun bengkak pada tapak kaki saya mulai berkurang, tetapi ia masih membengkak semula. Tiga minggu kemudian, saya tidak mahu menjalani rawatan kerana saya tidak dapat menyembuhkan penyakit saya, dan saya berasa tiada harapan lagi! Saya terpaksa pulang ke Malaysia dengan rasa kecewa dan putus asa.
 
Selepas pulang ke Malaysia, saya mula bekerja, dan sentiasa hidup dalam kesibukan tanpa mempedulikan perkara yang lain. Pada bulan September 2008, saya mendapat tahu dari sebuah laporan majalah bahawa terdapat kes penyembuhan penyakit limfedema di Hospital Wan Fang di Taipei. Dengan itu, saya mencari maklumat yang berkaitan di Internet dengan serta-merta. Seterusnya, saya mula menghubungi kakitangan perubatan antarabangsa di Hospital Wan Fang, dan bertanya tentang rawatan penyakit limfedema.
 
Oleh sebab saya masih bekerja pada masa itu, saya perlu membuat perancangan yang sewajarnya sebelum menerima rawatan bagi penyakit saya dengan hati yang tenang. Melalui perancangan yang dibuat oleh kakitangan perubatan antarabangsa untuk saya, ibu bapa dan suami saya menemani saya ke Taiwan pada 18hb Mac 2009. Selepas dimasukkan ke hospital pada 19hb Mac 2009, saya menjalani pemeriksaan yang mendalam. Berdasarkan keputusan pemeriksaan, Dr. Hsu memberitahu saya bahawa kaki saya membengkak kerana pemampatan arteriovena, dan saya perlu menjalani rawatan pemasangan sten. Dengan itu, pembedahan dijalankan pada 25hb Mac 2009. Saya mula berasa takut apabila terdengar tentang pembedahan ini.
 
Pada 25hb Mac, pukul 3 petang, saya ditolak ke dalam bilik pembedahan. Pembedahan ini berlangsung selama 8 jam, dan hanya tamat pada pukul 11 malam. Oleh sebab saya berbaring sepanjang hari dan luka berada pada badan saya, saya berasa amat sakit semasa saya bangun pada keesokan hari. Mujurnya suami saya berada di tepi saya agar saya boleh menahan kesakitan yang saya alami pada hari-hari tersebut. Ibu bapa saya pulang ke Malaysia sejurus selepas pembedahan saya, tetapi suami saya terus menemani dan menjaga saya di Taiwan. Pada hari ubat luka ditukar, saya nampak bengkak pada kaki saya berkurang dengan ketara, dan saya berasa amat terhutang budi kepada Dr. Hsu. Semasa tinggal di hospital, saya juga telah menghadapi berbagai-bagai masalah. Nasib baik kakitangan di Pusat Perubatan Antarabangsa membantu saya menyelesaikan masalah-masalah saya. Tanpa bantuan mereka, saya tidak tahu bagaimana menyelesaikan semuanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Jururawat yang menjaga kami juga bersikap mesra dan membuatkan kami berasa selesa.
 
Apabila saya diberitahu bahawa saya boleh keluar dari hospital pada 7hb April, saya berasa amat gembira, tetapi saya juga akan merindui kakitangan perubatan yang telah menjaga saya selama tiga minggu. Selepas keluar dari hospital, suami saya dan saya berpindah ke rumah seorang rakan yang kami kenali di hospital. Dia menjaga kami dengan sangat baik, dan sering membawa kami bersiar-siar di luar. Dia juga merancang perjalanan ke Hualien dan bersiar-siar di sana selama tiga hari dua malam. Kami menikmati masa yang seronok di Hualien. Pemandangan di Taiwan cantik sekali!
 

Saya menjalani pemeriksaan doktor dengan tetap. Apabila saya nampak kaki saya semakin kecil, saya mempunyai rasa gembira yang tidak terkatakan. Pada 11hb Mei, kami pulang ke Malaysia, dan keadaan saya menjadi lebih baik daripada jangkaan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kasih sayang semua saudara-mara dan rakan-rakan saya, perancangan yang dibuat oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, rawatan yang dijalankan oleh Dr. Hsu dan pasukan perubatan beliau, serta jagaan kakitangan perubatan.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama