Bergerak ke Kandungan Utama

Bantuan doktor membawa wanita Malaysia ke seberang laut untuk menjalani rawatan perubatan

Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi   更新日期:2014-09-30

“Di sini saya berasa seperti berada di rumah saya. Doktor akan menenangkan hati pesakit dan keluarganya bila-bila masa. Semuanya boleh diperoleh dengan mudah, amat menyenangkan dan bebas.” Puan Kee Siok Boy yang berasal dari Johor, Malaysia dihantui oleh rasa sakit di pipi kirinya. Semasa Puan Kee menjalani pemeriksaan pada bulan Ogos tahun selepas, neurofibroma trigeminal besar yang panjangnya 37 cm didapati di daam otaknya. Selepas menjalani pembedahan di Singapura, Puan Kee dan suaminya Encik Wang Jinhe dan anak saudara perempuannya Lin Xingyao yang bekerja di Shanghai telah tiba di Taiwan. Seterusnya, Puan Kee menjalani pembedahan sinaran stereotaktik dengan pisau Gamma yang dijalankan oleh doktor pakar neurosurgeri, Dr. Su Chain-Fa, dan pembedahan ini amat lancar. Puan Kee telah keluar dari hospital pada waktu tengah hari, 12hb April, dan kembali ke Malaysia pada awal pagi, 13hb April.

 
Puan Kee yang berusia 41 tahun mula mengalami rasa sakit pada pipi kirinya sejak dua tahun yang lalu. Pada awalnya, Puan Kee fikir ia hanyalah sakit gigi yang biasa, dan telah mengeluarkan empat ketul gigi. Namun, rasa sakit tidak pulih. Untuk mencari penyebab rasa sakit ini, Puan Kee dan suaminya telah berulang-alik antara Singapura dan Malaysia. Pada bulan Ogos tahun lepas, hospital di Singapura mendapati sebuah neurofibroma trigeminal besar yang panjangnya 37 cm di sinus gegua kirinya, dan ia selalu diiringi dengan rasa sakit dan kaku di muka kirinya. Selepas menjalani pembedahan di Singapura dan mengeluarkan sebahagian tumor, Puan Kee berkata bahawa sungguhpun rasa sakit dan kaku telah berkurang selepas pembedahan, tumor telah menjadi sekecil 0.5 cm. Maka, doktor setempat masih mencadangkan agar dia menjalani rawatan elektroterapi selepas pembedahan untuk mengecilkan saiz tumor. Namun, disebabkan pertimbangan ekonomi, Puan Kee tidak menerima rawatan elektroterapi.
 
Mengenai pengalamannya menerima rawatan di seberang laut ini, Puan Kee berasa terhutang budi kepada Dr. Tee Beng Tiong yang pernah menerima latihan di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi. Puan Kee berkata, Dr. Tee yang telah menamatkan pelajaran di sana sangat bersungguh-sungguh. Beliau bukan sahaja membantu Puan Kee berhubung dengan hospital-hospital yang menawarkan rawatan pisau Gamma di Singapura, Malaysia dan Taiwan, tetapi juga memperkenalkan Dr. Su Chain-Fa, doktor pakar neurosurgeri di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi kepada Puan Kee, dan dengan itu telah membawa kepada pengalaman yang baik ini.
 
Dengan bantuan Dr. Tee, Dr. Su telah berhubung dengan Puan Kee dan Lin Xingyao sejak bulan November yang lalu, dan menyediakan maklumat tentang rawatan perubatan dan yuran perubatan untuk rujukan Puan Kee. Semasa menjalani pemeriksaan susulan pada bulan Disember tahun ini, didapati bahawa tumor di dalam otak Puan Kee telah membesar sehingga 2.5 cm, dan keadaan ini membuatkan keluarganya berasa bimbang. Selepas membuat pertimbangan bahawa Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi menawarkan yuran perubatan dengan harga yang berpatutan dan perkhidmatan perubatan yang bertaraf antarabangsa, Puan Kee memutuskan untuk menerima rawatan pisau Gamma di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi, Taiwan untuk menyelesaikan masalah otaknya. Anak saudara perempuannya yang bekerja di Shanghai, Lin Xingyao mengambil cuti untuk bertemu dengan pakcik dan makciknya di Singapura dari Shanghai sebelum berkunjung ke Taiwan bersama-sama. Selepas penerbangan yang lama, Puan Kee masih yakin dengan rawatan yang dijalankan oleh Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi walaupun Puan Kee berasa letih. Untuk menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap kesusahan yang dialami oleh Puan Kee dalam perjalanan ke Taiwan, Wang Jianping dari Bilik Pengarah di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi telah membuat perancangan pembedahan untuk Puan Kee selepas dia dan keluarganya tiba di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi pada waktu petang, 10hb. Setelah mendapat tahu Puan Kee sudah tiba di hospital, Dr. Su terus berjumpa dengan Puan Kee dan memberi loket yang mewakili “selamat” kepada Puan Kee agar rawatannya adalah lancar.
 
Untuk membolehkan Puan Kee berehat awal, pihak hospital merancang pembedahannya pada waktu pagi. Pada waktu petang semasa Puan Kee tiba di hospital, Dr. Su telah mengatur satu siri pemeriksaan fisiologi dan menetapkan struktur sokongan pisau Gamma, dan telah menerangkan langkah-langkahnya dengan selalu senyum agar Puan Kee berasa senang hati. Suaminya, Encik Wang yang datang ke Taiwan buat kali pertama berkata, setelah isterinya menghidap penyakit ini, mereka telah menerima bantuan ramai orang dalam proses ini. Mereka terasa usaha gigih dan teliti daripada pasukan perubatan terutamanya selepas tiba di Hospital Besar Agama Buddha Tzu Chi, dan dengan itu, mereka tidak lagi berasa letih selepas mengharungi perjalanan yang panjang.
 
“Doktor, adakah saya perlu menerima rawatan susulan setelah menjalani pembedahan pisau Gamma?” Dalam proses pemeriksaan, Puan Kee telah meluahkan kerisauannya. Dr. Su menerangkan bahawa rawatan tumor dengan pisau Gamma bukan bertujuan menghapuskan tumor. Pada permulaan rawatan, saiz tumor tidak akan berubah dan mungkin akan membengkak seketika sebelum mengecil. Sekiranya tumor tidak berubah, ia akan menjadi seperti bunga yang kering dan tidak akan mempunyai sebarang kesan, dan dengan itu pesakit dan tumor akan hidup bersama. Kadar kawalan selama 15 tahun setinggi 95% hampir sama dengan sembuh keseluruhannya. Setelah mendengar penerangan Dr. Su, Puan Kee berasa amat lega.
 
Pada pukul 6 pagi, 11hb, pasukan perubatan berkunjung ke bilik wad Puan Kee untuk membuat perancangan pembedahan. Perancangan awal yang mengambil masa 5 jam amat lancar. Dengan jagaan yang teliti daripada pasukan perubatan, Puan Kee dan suaminya Encik Wang berasa amat terhutang budi. Pada waktu pagi semasa Puan Kee keluar dari hospital, Dr. Su melawat Puan Kee untuk mengetahui keadaan pemulihan Puan Kee, dan menerangkan langkah berjaga-jaga selepas kembali ke Malaysia. Pada masa yang sama, Dr. Su juga mengingatkan Puan Kee bahawa jangan lupa untuk menjalani pemeriksaan susulan di Malaysia selepas kembali ke Malaysia. Dr. Su juga memberitahu Puan Kee bahawa jika dia mempunyai sebarang masaah, dia boleh menghubungi Dr. Su, agar Puan Kee boleh kembali ke Malaysia dengan senang hati.
 

“Ribuan terima kasih kepada Dr. Su kerana dia amat mesra, bertoleransi dan penyayang!” Puan Kee keluar dari hospital dengan lancar pada waktu tengah hari, 12hb, dan kembali ke Malaysia pada waktu pagi, 13hb. Perjalanan ke seberang laut untuk menerima rawatan perubatan telah menghubungkan Malaysia dan Taiwan. Puan Kee dan suaminya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada kepakaran Dr. Su dan jagaan yang teliti daripada pasukan perubatannya.

Kongsi Foto

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama