Bergerak ke Kandungan Utama
:::

Budak dari Malaysia memulakan kehidupan baru selepas menerima pemindahan darah tali pusat di Taiwan

Hospital Memorial Chang Gung, Linkou   更新日期:2014-10-20

Lebih daripada setahun yang lalu, He Yinian, seorang budah lelaki berumur 4 tahun yang pernah menghidap penyakit talasemia teruk, telah mengalami penderitaan akibat pemindahan darah dan penolakan besi. Namun, ibu bapanya tidak dapat membayar yuran perubatan yang tinggi. Dengan derma orang Malaysia, Yinian ini berkunjung ke Taiwan untuk menjalani pemindahan darah tali pusat. Beberapa hari yang lalu, Yinian dipastikan telah meninggalkan penderitaan pemindahan darah setelah menjalani pemeriksaan susulan. Ibu Yinian berasa amat gembira dan terharu setelah mendapat tahu bahawa anaknya boleh memulakan kehidupan yang baru.

 
“Akhirnya, rasa bimbang di dalam hati ibu boleh dilepaskan!” Semalam, ibu Yinian membawa Yinian ke Hospital Memorial Chang Gung, Linkou untuk menjalani pemeriksaan susulan. Dr. Jaing Tung-Her, doktor pakar hematologi dan onkologi kanak-kanak, memberitahu ibu Yinian bahawa Yinian pulih dengan baik, tetapi rasa gatal pada kulitnya yang disebabkan oleh keadaan penolakan masih perlu dikawal dengan memakan ubat dan akan hilang beransur-ansur, maka Yinian hanya perlu menjalani pemeriksaan susulan dengan tetap. Ibu Yinian memeluk anaknya dan berkata, “Terima kasih atas bantuan semua orang yang membolehkan anak saya memulakan kehidupan yang baru!”
 
Setelah dilahirkan selama 5 bulan, Yinian didapati menghidap penyakit talasemia teruk. Yinian perlu menjalani pemindahan darah di hospital sebanyak dua kali setiap bulan dan pelepasan besi dari badannya kira-kira 10 jam setiap hari. Ibu Yinian meninggalkan pekerjaannya semasa anaknya berumur 1 tahun utnuk menemani anaknya semasa menghadapi penyakit ini. Namun, pemadanan darah tali pusat di Malaysia memakan masa selama 2 tahun. Ibu bapa Yinian berasa amat cemas. “Kami berasa menderita setiap hari.”
 
Bapa Yinian mendapat tahu daripada saudara-maranya bahawa Hospital Memorial Chang Gung, Linkou pernah menjalani kira-kira 50 buah kes pemindahan darah tali pusat dengan kadar kejayaan melebihi 90%. Maka, bapa Yinian ingin membawa anaknya ke Taiwan untuk menerima rawatan, tetapi tidak berupaya menanggung yuran perubatan sebanyak NT$2 juta. Setelah situasi Yinian dilaporkan oleh pihak media di Malaysia, keluarga Yinian berjaya mengumpul NT$1.5 juta. Dengan itu, Yinian telah berkunjung ke Taiwan untuk menjalani pemindahan darah tali pusat pada bulan Julai. Setengah tahun kemudian, Yinian pulang ke Maaysia kerana dia tidak perlu menjalani pemindahan darah, dan kepekatan hemoglobin telah melebihi 11.5 manakala bilangan platelet telah melebihi 100,000.
 

Selepas menjalani pembedahan ini dan kembali ke Malaysia, pihak media di Malaysia menerbitkan laporan berita susulan, sekali gus membolehkan ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama berasa gembira. Setelah bertanya kepada ibu Yinian tentang rawatan ini, rakyat Malaysia Zhuang Wenshan dan Lin Jiaying telah membawa anak lelakinya yang berumur 13 tahun dan anak perempuannya yang berumur 10 tahun untuk menjalani pembedahan pemindahan darah tali pusat. Buat masa ini, kedua-dua anak mereka sedang pulih dari pembedahan, dan dijangka akan tinggal di hospital selama setengah tahun. Sungguhpun mereka adalah sebuah keluarga yang biasa, mereka meminjam wang untuk membayar yuran perubatan demi kesihatan anak-anak mereka. Ketiga-tiga budak ini bertemu di hospital dan memberi galakan kepada satu sama lain.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama