Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Rumah Sakit Pusat Pengobatan Kanker Hexin

Pusat Kanser Sun Yat-Sen Yayasan Koo adalah hospital kanser pertama di Taiwan yang ditubuhkan oleh Koo Chen-Fu, Jeffrey Koo, Li Kwoh-Ting, Chiang Yen-Shih dan lain-lain lagi atas jemputan Profesor Andrew T. Huang pada tahun 1988.


Pusat Kanser Sun Yat-Sen Yayasan Koo adalah salah satu daripada beberapa hospital bergaya Amerika Syarikat di Taiwan. Hospital kami mementingkan hubungan antara reka bentuk seluruh ruang hospital dan perkhidmatan perubatan, dan telah diberi status hospital pengajaran dalam kepakaran perubatan kanser oleh Biro Kesihatan dan Pendidikan pada tahun 1991.


Di Pusat Kanser Sun Yat-Sen Yayasan Koo, terdapat 5 orang kakitangan perubatan yang akan menjaga seorang pesakit secara purata, manakala seorang jururawat akan menjaga 5 orang pesakit di bilik wad secara purata. Hospital kami meningkatkan mutu perubatan kanser dengan kumpulan bersepadu rentas disiplin yang holistik, sepenuh masa dan menyeluruh, termasuk kumpulan perubatan kanser payu dara, kanser kolon dan rektum, tumor limfa, kanse saraf, kanser rangka otot dan kulit, tumor endokrin, kanser hati dan kanser sistem pencernaan atas, kanser pundi kencing, kanser kepala, leher dan nasofarinks, kanser peparu dan kanser esofagus, obstetrik dan ginekologi, pemindahan sumsum tulang, kesihatan fizikal dan mental, sakit kanser, jagaan kanser, nutrisi dan unit rawatan rapi.


Hospital kami mengutamakan pemantauan keselamatan pesakit and mutu perubatan. Setiap tahun, hospital kami akan meninjau dengan teliti keputusan rawatan pesakit-pesakit kanser di hospital kami. Kadar ketakatan lima tahun bagi pesakit-pesakit kanser di hospital kami telah mencecah 71.7%, setanding dengan tahap negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Sejak penubuhan, hospital kami telah mencapai pencapaian yang cemerlang dalam rawatan kanser. Para peniaga Taiwan dan orang Cina perantauan telah menyebarkan reputasi hospital kami ke luar negara, justeru membawa warga asing dan penduduk-penduduk dari Tanah Besar Cina untuk menerima rawatan di hospital kami.


Pusat Kanser Sun Yat-Sen Yayasan Koo adalah komited untuk membantu para pesakit untuk mencapai kadar ketakatan yang cemerlang dan meningkatkan mutu kehidupan mereka dengan menawarkan penjagaan perubatan kanser yang paling canggih dan menyeluruh demi merealisasikan kepercayaan yang berorientasikan pesakit. Hospital kami berharap untuk menjadi pusat kanser yang terulung di kawasan Asia Tenggara, menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kanser yang terbaik di kawasan Asia Tenggara, dan memacu penyelidikan tentang penyebab kanser dan rawatan kanser di Taiwan dan kawasan Asia Tenggara berdasarkan penyelidikan klinikal dan asas.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama