Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Wilayah Lienchiang

ada bulan Jun 1956, Pusat Kesihatan Matsu ditubuhkan di Wilayah Lienchiang (Pulau Matsu), dengan alamat di Kampung Fuxing, iaitu lokasi Kerajaan Wilayah Lienchiang, dan menawarkan perkhidmatan pesakit luar bagi orang ramai. Pada bulan Julai 1956, pusat ini ditukar nama kepada “Pusat Kesihatan Wilayah Lienchiang”.


Oleh sebab pelaksanaan pentadbiran medan perang pada zaman pemerintahan tentera, perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah sistem perubatan tentera menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam bagi pihak tentera dan orang awam. Pada tahun 1986, Dr. Yang Sui-Sheng yang merupakan penduduk Wilayah Lienchiang telah mengambil alih kedudukan sebagai Pengarah Pusat Kesihatan Wilayah Lienchiang, dan terus memindahkan pusat kesihatan kami ke alamat sekarang hospital kami yang merupakan lokasi asal hospital tentera darat.


Di bawah usaha Dr. Yang dan kakitangannya, pusat kesihatan kami berjaya diakui oleh orang ramai, dan juga memikul tanggungjawab untuk menjaga kesihatan penduduk di wilayah ini.


Pada bulan Julai 1993, pemerintahan tentera telah ditamatkan di kawasan Matsu, manakala pusat kesihatan kami dinaik taraf menjadi Hospital Wilayah Lienchiang yang terletak di bawah Biro Kesihatan Wilayah Lienchiang. Hospital kami masih bertanggungjawab terhadap perkhidmatan perubatan and penjagaan kesihatan di wilayah ini. Di samping itu, di bawah perancangan Pengarah Biro Kesihatan Dr. Liu Cheng-Ying dan Pengarah Hospital Dr. Hsieh Chun-Fu, bangunan perubatan hospital kami telah diperluas, dan dijadualkan siap pada bulan Mei 2000, sekali gus menjadi sebuah hospital moden yang menyediakan 40 buah katil pesakit untuk para penduduk di wilayah ini.


Kini, hospital kami memiliki berbagai-bagai jabatan seperti perubatan dalaman, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, rehabilitasi dan klinik pergigian. Terdapat juga bilik pembedahan dan bilik bersalin, makmal, jabatan makmal, jabatan radiologi, bilik gastroskop dan bilik ultrabunyi yang disediakan dengan alatan pemeriksaan yang lengkap. Di samping itu, hospital kami juga memiliki jabatan farmasi yang terdiri daripada ahli farmasi yang menawarkan perkhidmatan perundingan mengenai ubat-ubatan. Namun, hospital kami masih kekurangan bakat perubatan profesional, terutamanya doktor pakar dan pakar radiologi, justeru hospital kami masih berusaha gigih merekrut bakat dalam bidang perubatan profesional.


Dengan perhubungan lalu lintas antara Pulau Matsu dan luar pulau yang semakin maju, para pesakit tidak perlu dihantar ke Hospital Pengajaran Bandar Taipei melalui kapal ikan atau kapal dagang untuk menerima rawatan kecemasan lagi. Helikopter penyelamatan kecemasan melindungi nyawa penduduk di wilayah ini, manakala sistem perubatan jarak jauh yang dihubungkan ke Hospital Besar Tri-Service juga telah meningkatkan mutu perubatan. Memandang ke depan, kami memerlukan penyertaan anda demi membolehkan kami berkhidmat untuk setiap penduduk di atas pulau yang indah ini supaya setiap penduduk di sini boleh hidup dengan sihat dan selamat.
Kami berdoa sedemikian.

 

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama