Bergerak ke Kandungan Utama

Hospital Besar Yuan Rung

- Hospital Besar Yuan Rung dinilai sebagai hospital cemerlang oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.

- Hospital Besar Yuan Rung mempunyai pusat pengkateteran jantung 24 jam untuk menyediakan rawatan kecemasan penyakit jantung yang paling tepat pada masa.

- Hospital Besar Yuan Rung memiliki alatan tomografi berkomputer 128 hiris yang berteknologi tinggi untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kardiovaskular yang paling menyakinkan.

- Hospital Besar Yuan Rung memiliki pusat rawatan kecemasan 24 jam dengan pasukan perubatan kecemasan yang kuat dan hebat.

- Hospital Besar Yuan Rung juga menyediakan perkhidmatan angioplasti karotid dan pemasangan sten untuk mencegah strok.

- Hospital Besar Yuan Rung memiliki litotripter ekstrakorporeum yang menjalankan rawatan tanpa ubat bius dan rasa sakit.

- Hospital Besar Yuan Rung menyediakan perkhidmatan kolonoskopi dan endoskopi hidung tanpa ubat bius dan rasa sakit.

- Hospital Besar Yuan Rung memiliki pusat ortopedik invasif minimal yang dianggotai oleh pasukan perubatan yang kuat.

- Hospital Besar Yuan Rung telah menubuhkan Pusat Kawalan Sakit Lanjutan Bersepadu”. Pasukan rawatan sakit menilai sebab sakit secara teliti dengan sikap perubatan yang holistik, dan menyediakan rawatan analgesik sekatan saraf dipandu gelombang ultrabunyi yang hanya ditawarkan di hospital kami!

- Penerima Anugerah “Penjagaan Bersepadu” - Hospital Besar Yuan Rung berorientasikan pesakit, memudahkan proses perubatan, membolehkan para pesakit menikmati perkhidmatan berbagai-bagai jabatan meskipun mengunjungi satu jabatan perubatan, dan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang membolehkan para pengunjung menjalani pemeriksaan selepas berdaftar.

- Hospital Besar Yuan Rung telah menubuhkan Pusat Fototerapi Laser Vena untuk melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh sakit fizikal, kanser, radioterapi, gejala menopaus dan insomnia do kalangan pesakit, sekali gus membantu mencapai kesan rawatan yang baik.

- Objektif hospital kami adalah “menghormati nyawa dan menyediakan perubatan holistik”; visi hospital adalah “mengukuhkan perkhidmatan untuk komuniti dan berhubung dengan arena antarabangsa”; manakala nilai-nilai teras hospital kami adalah “profesional, kasih sayang dan melayani pesakit seperti saudara-mara”.


- Hospital kami menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan perubatan antarabangsa seperti perancangan pelancongan dan penginapan, permohonan visa perubatan, perancangan temu janji doktor, penterjemahan bahasa, pengangkutan, serta penjagaan perubatan sebelum masuk ke hospital, semasa berada di hospital dan selepas keluar dari hospital.

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Navigasi Laman
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama