Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Besar Cheng Ching Chung Kang

Dari tahun 1911 hingga 1915, Lin Cheng-Ching menuntut di Jepun, dan berjaya memperoleh PhD dalam Perubatan dari Universiti Tokyo sebelum kembali ke Taiwan semasa beliau berumur 38 tahun. Pada 7hb Mac 1932, beliau menubuhkan Hospital Pembedahan Cheng Ching di Jalan Pingdeng, Bandar Taichung, iaitu wajah asal Hospital Cheng Ching moden.

Pada akhir tahun 1948, Dr. Lin Ching-Yi telah mengambil alih kedudukan Pengarah Hospital Pembedahan Cheng Ching. Pada bulan September 1967, hospital kami mengalami transformasi menjadi Hospital Besar Cheng Ching. Pada tahun 1978, hospital kami diluluskan sebagai hospital pengajaran aras tiga, dan merupakan salah sebuah hospital pengajaran yang paling awal di Bandar Taichung.

Pada bulan Jun 1991, hospital kami dinaik taraf menjadi hospital pengajaran serantau separa. Pada 19hb Februari 1993, Dr. Lin Kao-Te dilantik menjadi pengarah hospital kami. Pada bulan April 1994, hospital kami dinaik taraf menjadi hospital pengajaran serantau.

Pada awal penubuhan Hospital Pembedahan Cheng Ching, Dr. Lin Cheng-Ching adalah satu-satunya doktor di situ. Kini, terdapat 150 orang doktor, 13 buah pusat perubatan dan 36 jenis kepakaran dan subpakar perubatan di hospital kami. Maka, hospital kami adalah sebuah hospital yang moden. Pada tahun 1932, hospital kami memiliki 14 buah katil pesakit, tetapi sekarang hospital kami memiliki 1052 buah katil pesakit, dan menerima pesakit dari seluruh Taiwan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hospital Cheng Ching telah membangunkan kepakaran-kepakaran tersendiri, termasuk pusat rawatan infarksi miokardium yang menerima pesakit sepanjang tahun dan merupakan pusat sedemikian yang pertama di kawasan Taiwan Tengah; pusat rawatan strok di bawah jabatan neurologi; jabatan pembedahan, jabatan ginekologi; pembedahan kaparoskopik bagi penyakit kanser; pusat kanser hati yang ditubuhkan oleh jabatan gastroenterologi; dan pusat terapi sinar termodulat keamatan.

Dalam bidang perubatan pencegahan, hospital kami telah menubuhkan Pusat Pengurusan Kesihatan Eksekutif pada tahun 2015. Di samping itu, hospital kami juga membawa masuk alatan pengimejan peringkat tinggi di tahap pusat perubatan, seperti alat pengimejan resonans magnet 3T (3T MRI), tomografi berkomputer impedance (iCT), endoskopi pengimejan jalur sempit (NBI) dan alatan pemeriksaan yang lain. Hospital kami memiliki pasukan perubatan berpengalaman yang telah menterjemahkan pengimejan perubatan bagi kira-kira 60,000 kes, dan mengambil pasukan perubatan dari Hospital Veteran, Hospital Universiti Perubatan China dan Hospital Universiti Perubatan Taipei demi menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh termasuk pemeriksaan kesihatan profesional mengikut keperluan individu dan keluarga, pengesanan dan rujukan susulan selepas pemeriksaan kesihatan, pengurusan kesihatan jangka panjang, perundingan kesihatan eksklusif seorang ke seorang. Pada masa yang sama, hospital kami juga menyediakan pemeriksaan antarabangsa yang profesional, termasuk:

1. perancangan temu janji doktor;

2. pemberitahuan, komunikasi dan permohonan visa perubatan sebelum pemeriksaan;

3. bantuan perancangan pengangkutan;

4. pengangkutan dari dan ke lapangan terbang;

5. tempat penginapan lima bintang;

6. perancangan pelancongan;

7. perkhidmatan dalam Bahasa Inggeris.

Hospital Cheng Ching merupakan stesen penjagaan kesihatan anda. Pusat Pengurusan Kesihatan Eksekutif merupakan pilihan pertama pemeriksaan kesihatan anda dan pakar pengurusan kesihatan yang terbaik di Bandar Taichung.

Untuk makluman selanjutnya, sila hubungi talian perundingan kami: +886-4-2463-1110

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama