Bergerak ke Kandungan Utama
選單按鈕

Hospital Universiti Perubatan Chung Shan

Pusat Perubatan Antarabangsa di hospital kami menggabungkan bantuan perubatan antarabangsa, latihan kakitangan perubatan di negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan dan pengantarabangsaan perkhidmatan perubatan, dan menawarkan peluang kepada kakitangan perubatan di hopsital kami untuk memberi bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sempena dasar kerajaan, usaha menjaga golongan yang lemah dan memberi bantuan perubatan di peringkat antarabangsa demi menyebarkan semangat baik hati dan bantu-membantu di kalangan kakitangan perubatan. Hospital kami membantu meningkatkan teknik perubatan melalui perkhidmatan perubatan, pendidikan klinikal dan perkongsian ilmu perubatan yang baru demi memanfaatkan orang tempatan.

Bantuan perubatan antarabangsa: Hospital Universiti Perubatan Chung Shan menertai misi bantuan perubatan secara aktif dan telah mengunjungi Guatemala, Panama, Honduras di Amerika Latin, Sao Tome dan Principe di Afrika, Maldives dan Mongolia di Asia, Kawasan Autonomi Mongolia Dalam di China, Cambodia, India Utara (Pusat Bantuan Sendiri Pelarian TIbet Darjeeling), kawasan pergunungan di Nepal, dan Tuvalu, sebuah negara di benua Oceania untuk menawarkan perkhidmatan perubatan pakar dan pendidikan kesihatan awam.

Latihan kakitangan perubatan di kawasan-kawasan yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan: Di bawah rangka kerja Perikatan Strategik Kerjasama Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (International Healthcare Cooperation Strategic Alliance), hospital kami bekerjasama dengan perikatan ini untuk menjalankan Program Latihan Kakitangan Perubatan demi memberi latihan kepada kakitangan perubatan di negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan. Selain daripada membantu kakitangan perubatan di negara-negara ini meningkatkan teknik dan ilmu perubatan, mengalami kehidupan dan kebudayaan Taiwan, pelatih-pelatih akan menyebarkan ilmu, teknik dan pengalaman perubatan profesional yang dipelajari oleh mereka di Taiwan kepada kakitangan perubatan tempatan selepas mereka kembali ke negara-negara mereka, sekali gus meningkatkan sumber manusia tempatan dan mutu penjagaan perubatan, memanfaatkan lebih banyak penduduk di negara-negara ini dan mengantarabangsakan perkhidmatan perubatan kami. Selain itu, kepakaran-kepakaran perubatan dan berbagai-bagai pemeriksaan perubatan peringkat tinggi juga ditawarkan kepada pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan negara-negara ini yang mengunjungi Taiwan. Hospital kami juga menyediakan perkhidmatan perubatan yang pantas and mudah diakses untuk pesakit-pesakit antarabangsa, dan memperkenalkan perkhidmatan perubatan yang halus dan bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan di Taiwan kepada masyarakat antarabangsa.

Videos

Adakah maklumat ini membantu anda? Ya Tidak
Buka Senarai
Tutup Senarai
回上頁 Kembali ke Halaman Utama